10 November 2014

0
Komen

trust me!


assalamualaikum u ollss.

    dah lama kan DK tak update blog. dah bersarang dah pun blog DK ni. hehe. dah masuk 10 bulan DK bekerja sebagai seorang stafnurse. banyak pengalaman suka- duka yang DK tempuhi. Alhamdulillah, sepanjang hari DK bekerja, jarang sekali DK tak bersemangat nak pergi kerja. ini semua kerana Allah telah memberi DK satu kenikmatan yang tidak ternilai iaitu bekerja di dalam suasana yang ceria dan tidak stress.

    Alhamdulillah, first posting DK di ward peadiatric yakni ward kanak- kanak. DK ingat sangat masa DK student dulu. ward peadiatric ialah ward yang paling DK tak suka. sebab apa? DK rasa ward peadiatric ialah ward yang paling serabut, susah nak buat kerja sebab kanak- kanak suka menangis dan merengek, dan paling memboringkan.

    tapi, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. barangkali apa yang kita suka itu belum tentu baik buat kita dan apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat kita. DK pun suka tempat DK kerja sekarang ni. rupa- rupanya, kanak- kanak ni adalah anugerah buat DK dan terapi untuk DK hilangkan stress semasa kerja. DK hargai sangat- sangat anugerah ini.

    walaupun penjaga atau kanak- kanak banyak kerenah, itu perkara biasa kerana lumrah hidup, ibu bapa mahu yang terbaik untuk anaknya. namun, DK menyeru ibu bapa diluar sana. trust paramedik! mereka pun menganggap anak anda seperti anak mereka sediri. mereka lakukan sesuatu bukan kerana hendak mendera dan sebagainya. tapi, mereka ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk anak anda!

    dan, saya percaya, ramai diluar sana yang tidak memahami kerja kami kerana kurangnya komunikasi yang berkesan terhadap ibu bapa. DK memohon maaf jika perkara sebegini berlaku. DK akan cuba menjadi stafnurse yang terbaik untuk anda. :)
terima kasih daun keladi

23 February 2014

2
Komen

tanggungjawab makin berat!

    dulu berat di bahu, kini berat di kepala.

    perkataan itulah yang selalu DK pikir sejak 17 feb 2014. sebab apa? bukan kerana diri ni dah berumahtangga. ohoi. haha. sebab diri ini dah bekerjaya dan memikul tanggungjawab bermain dengan nyawa manusia.

    yup, saya seorang staff nurse. macam tak percaya yang DK dah sampai ke tahap ini. perasaan bercampur- baur sekarang ni. hope korang semua doakan kerjaya DK ni berkekalan sehingga ke gariasan penamat iaitu pencen.

    sememangnya tugas sebagai jururawat ni bukanlah satu tugasan yang mudah. korang nak try kerjaya ni, DK bagi sehari pun dah cukup untuk korang mengenal apa itu jururawat. berat. itu je yang mampu DK ucapkan.

    apa- apa pun luruskan niat kita dalam bekerja hanya kerana Allah. in sha Allah, Allah akan bantu kita dan mempermudahkan urusan kita. semoga rezeki yang kita perolehi selama ni adalah rezeki yang berkat. ameen.


terima kasih daun keladi

07 October 2013

0
Komen

boleh ke orang bukan Islam derma darah kepada orang Islam?


assalamualaikum guyz.

    korang semua sihat? alhamdulillah. mesti sihat kan. DK tak berapa sihat. selesema dan batuk sikit gara- gara posting dekat operation theater. kat situ sejuk bukan main lagi. dalam beberapa jam lagi nak pergi keje ni, DK nak berbincang sedikit la pasal tajuk entry ni. boleh ke orang bukan Islam derma darah kepada orang  Islam. mesti korang terfikir jugak kan.
    
    okay la. DK akui selama ni memang DK tak pernah terfikir pun pasal mende ni sehinggalah bakal suami DK *in sha Allah telah mengutarakan soalan tersebut. bernas jugak pertanyaan tu kan. memandangkan DK ni kurang bab fiqh ni, DK pun google la ke laman web yang boleh dipercayai iaitu e- fatwa. portal rasmi fatwa malaysia. boleh la DK share serba sedikit

    Pada 13-14 Apr 1982  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 telah bersidang dan membincangkan Derma Darah dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Menderma darah hukumnya harus.
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam 
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.
    ini bermakna orang bukan Islam pun boleh menderma darah kepada orang Islam. tak de masalah pun. kenapa pulak kan? mesti korang nak hujah- hujah yang boleh meyakinkan hati korang. dekat e- fatwa ni best tau. setiap perkara tu pasti dia akan sediakan hujah- hujah dan keterangan. meh sini DK tolong sampaikan. hehe

    KETERANGAN DAN HUJAH- HUJAH: 
 
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.
    Okay lah. harap- harap korang dapat ilmu berguna harap ni. kalau korang ada kemusyhkilan berkaitan dengan Islam korang boleh la melawat dekat laman web e- fatwa ni tau. tata.
     

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥