lama dah tak update entry kat sini.. dah tak terjaga dah blog DK ni disebabkan broadband lama dah tak bayar.. hehehehe... okeyh la, back to our bussiness! pada hari yang indah dan sejuk - sejuk mencengkam tulang - temulang disebabkan hujan yang mencurah- curah dibumi kelate ni DK nak memperkenalkan sebuah buku yang DK baru habeh membacanya iaitu beduk diketuk hasil karya pahrol mohd juoi.
asalnya DK berkunjung ke kedai buku sri wangi di pekan tu nak beli buku keluaran ustaz azhar idrus yang terbaru.. tapi, bila cari kat sana tak ada buku tu, maka hati ini Allah telah gerakkan untuk menilik buku ini lalu membelinye.. hasilnya amat menggembirakan.. memang tak puas - puas rasanya membaca buku ni!
buku ini banyak menceritakan kisah -kisah yang telah diberikan nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. mungkin pada entry yang akan datang, DK akan berkongsi sedikit demi sedikit isi di dalam buku ini.. insya ALLAH :)