19 September 2013

0
Komen

tips memakai baju nurse yang tidak seksi

assalamualaikum, hai, guys.

    tadi DK ada intai blog ben ashaari. dia cakap pasal baju jururawat kerajaan yang seksi. dan DK sememangnya pelatih tajaan KKM dan bakal menjadi jururawat kerajaan mengakui yang baju jururawat kerajaan yang seksi. sob sob sob. sedih bukan. dan DK pun pernah buat satu entry dulu pasal baju jururawat ni. ingat tak pasal ni? kenapa baju nurse tak macam ni. okay, maybe korang tak ingat sebab entry ni dah lama dah.

   sekarang ni DK nak bagi tips untuk memakai baju nurse yang tak seksi.

pilih kain yang tak jarang
   nak buat baju mestilah pilih kain yang sesuai kan. paling penting tak jarang. tapi, baju nurse kerajaan kan warna putih. so, warna putih ni susah nak cari yang tak jarang kan. tak boleh ke kita fight baju ni tukar warna lain?

jahit baju straight cut
    mintak tukang jahit buatkan baju kita tu straight cut. tak payah ikut body. kalau nak ikut body jugak, mintak dia jahit longgar- longgar. tapi kalau ikut body jahit longgar- longgar nampak pelik pulak kan? dan paling penting baju tu hendaklah menutupi punggung kita. kira, buat labuh la.

tudung tak jarang
    pemilihan tudung pun penting jugak. pilih la tudung yang tak jarang dan tidak menampakkan bahagian leher. macam kawan DK, dia pakai tudung sekolah. ada jugak yang jahit tudung bawal tu double kain. kira tebal la.

pakai baju alas di bahagian dalam
     bagi baju uniform yang jarang tu, pakai la baju alas. nanti nampak pulak anak- anak yang dalam tu. siap orang boleh tegur kaler apa lagi. malu wehhh. DK ngan kawan- kawan selalunya pakai t-shirt kat dalam. yang spesialnya, selain menutup aurat t-shirt jugak boleh mengelakkan bahagian bawah ketiak baju jadi warna kuning.

pakai thigh atau legging
    seluar puan jarang jugak. kadang- kadang nak buat prosedur terutama sekali semasa nak pindah pesakit dari katil ke katil yang lain, kita perlu naik atas katil pesakit. kalau tak pakai thigh atau legging nampak anak dalam. jadi nak tutup aurat, pakai la thigh atau legging.

pakai stokin lengan
    kalau kat dalam wad tak boleh pakai stokin lengan. tapi, kita boleh guna alternatif lain. kalau tak de sebarang prosedur tak payah la lipat lengan. masa nak buat prosedur baru lipat lengan. kalau kita keluar daripada wad, boleh la pakai stokin lengan. kawan DK selalu pakai. DK just bawak turun lengan baju jep.

    inilah serba sedikit yang dapat DK kongsikan. harap apa yang DK sampaikan ni bermanfaat buat semua. okay lah, assalamualaikum
terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥