06 February 2013

0
Komen

mencegah lebih baik daripada merawat, tapi......

  kata orang mencegah lebih baik daripada merawat. betulkan? tapi perkara yang menyedihkan DK ialah ada dalam kalangan anggota kesihatan sendiri tak pernah faham istilah perkataan 'mencegah itu' sendiri. sadih bukan?
  sebagai contoh, ada ibubapa  datang klinik  dengan membawa anaknya yang mengalami low grade fever, kebanyakan anggota kesihatan akan berkata: ala, demam sikit jep. tu pon nak pergi klinik. manjakan anak sangat. Lihat! dimanakah sikap keprihatinan kita sebagai anggota kesihatan. takkan la nak tunggu sampai demam teruk sampai delirium (meracau- racau) baru nak heret anak pergi jumpa doktor. itu ke yang korang semua mahu?
  salah ke sikap ibubapa yang bimbang akan anaknya yang hanya demam ringan? bukan kerana ibubapa terlalu memanjakan anak. tapi kerana naluri ibubapa yang semulajadinya akan risau akan keadaan anaknya yang sakit walaupun hanya terhiris pisau sedikit.
  sebagai anggota kesihatan, janganlah anda semua memandang remeh terhadap kerisauan ibubapa tersebut. tapi, berilah sokongan emosi. bukan menghukum mereka dengan mencerca dan memerli mereka. mereka sememangnya layak risau akan keadaan anaknya.
   kalau macam nilah sikap anggota kesihatan, memang layak la kita menjaga berpuluh- puluh pesakit kat dalam ward. sebab nak pergi hospital atau klinik kena sakit teruk dulu. wassalam.



terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥