19 August 2011

0
Komen

10 perangai buruk kawan yang perlu dijauhi

salam. DK buat entry ni dalam keadaan bengang. macam - macam karenah kawan yang kita ada. ada yang baik, ada yang buruk. yang baik tu konpem la kita boleh terima. yang jahat tuyh... haiihh. mang sakit ati la kan. DK tahu kadang - kadang kita ni tak perfect mana pun sampai semua kawan nak suka kita. tetapi, sekurang - kurangnye kita berusaha jadi yang terbaik untuk diterima oleh kawan kita yang lain. tapi kalau dyorng tak suka lagi, nak buat macam mana an. terima jela. lagipun kita da cuba yang terbaik supaya orang suka dekat kita,. antara 10 perangai buruk kawan yang perlu dijauhi:

  • kawan yang lupa diri
spesies ni macam kacang lupakan kulit. da sedap - sedap makan kacang, kulit buang merata. *ayoyo.. bm failed. penat cikgu ajar. okeyh la, back to our bisnes. kawan macam ni mang totally tak boleh buat kawan. time, dyorang susah cepat - cepat cari kita. lepas tu, bila dyorg da senang lenang duduk kat kayangan, dyorg da lupa la kita yang berada kat bumi ni. pandang kita pun tak nak. pe jenis kawan macam tu. pikir kesenangan dyorg sendiri jep. 

  • kawan yang berlagak
nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. DK pun tak tahan la. dyorg semua bajet dyorang perfect. dyorg da lupa, apa yang dyorang ada tu semua pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat la. bila - bila masa je Allah boleh tarik apa yang dia berikan., so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.

  • kawan yang makan kawan
yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata. *pe la DK mengarut ni. kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirila.

  • kawan yang ngumpat belakang
kawan ni spesis yang hipokrit. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. perbetulkan apa kesalahan yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. ni tidak, habeh semua di jaja sifat buruk kita. kadang - kadang ditambahnya pulak maggi cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. entah betul ke tak an pe yang dia cerita tu.

  • kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati 
kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang - lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dyorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. act, yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.

  • kawan yang suka menipu
' siakap, senohong, gelama, ikan duri,
bercakap bohong lama - lama mencuri.'
pantun ni semua orang tahu kan. begitulah rupanya kalau kita dapat kawan yang suka menipu ni. mula - mula dia belajar menipu, lama - lama belajar mencuri. kalau mencuri harta benda tak pe lagi, kalau da curi orang yang kita sayang. haihhh. apa nak dikata. meleleh air liur kita dibuatnya. sanggup kita nak bermadu dengan kawan rapat kita yang kita percaya selama ni.? tak sanggupkan. 

  • kawan yang kedekut
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia tibai. sampai tak ingat dunia. bila kita cuit sikit je barang dyorang, mula mata jeling - jeling, pastu, heboh satu kampung macam kita guna barang dyorang habeh licin.

  • kawan yang tak reti guna barang
yang ni bukan tak reti apa, tak reti nak mintak kebenaran pinjam barang orang. Allah bagi mulut tu suruh cakap, dia pakai ambik jep. tahu tak, kalau kita ambil hak orang tanpa meminta kebenaran, itu telah dipanggil MENCURI. dan hukum MENCURI adalah potong tangan. pastu, bila da guna barang kita, tak reti - reti nak pulang balik. buat macam harta sendiri. ada ke patut?

  • kawan yang 4G
4G yang DK maksudkan di sini ialah gedik, gatal, gelenya, gelebeknye. 4G ni di khas untuk perempuan sahaja. kepada perempuan - perempuan di luar sana, jauhilah kawan - kawan anda yang bersikap begini ek. terkinja - terkinja, terhegeh - hegeh dekat lelaki. buat malu kaum hawa je. kita sebagai wanita perlu ada sifat malu. kalau tak ada sifat malu, tanam kan dalam diri kita mulai sekarang juga.

  • kawan yang berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
kawan macam ni tak tahu la nak cakap macam mana kan. dah buat perkara terkutuk, lepas tu canang perbuatan terkutuk yang dyorang lakukan kat orang lain. macam hebat sangat la tuyh. dyorang ingat orang suka sangat nak dengar. mencemuh lagi ada la. jangan la nak bangga sangat dengan dosa yang kita lakukan, sedangkan dosa itu tidak memberi apa - apa manfaat bagi kita. malah, merugikan kita lagi.
akhir kata kawan - kawan, DK nak pesan, jadilah seorang manusia yang membawa kawan ke arah kebaikan, bukan ke arah kejahatan.

terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥