30 July 2011

0
Komen

TAHNIAH AWAK

  Aku mang tak dapat nafikan diri aku lagi yang aku betoi2 tak ley lupakan dia. setiap hari aku akan tngok dia punye wall, pasti hati aku akan merintih melihat dia bersama dengan orang lain. walaupun aku sama macam dia, da ad laki lain tapi perasaan aku terhadap dia tak pernah berubah. sakitnya menahan siksa ni. nak jep aku remove dia dari friend aku. tapi, bila aku pikir kan semula, dia x ada buat salah kat aku pown sebenarnye. aku je yang beria - ria.

  persoalan sekarang ni, kenapa aku x ley lupakan dia? apa yang special sangat dia tu berbanding orang yang jadi milik aku sekarang? pe yang dia da buat kat aku sekarang neyh?? bila aku pikir2, mungkin ini penyebabnya.

  1. kalau aku ada masalah, aku akan luahkan masalah aku kat dia. jarang aku nak luahkan masalah aku kat orang lain sebab aku sangat caya kat dia. dia pun sama macam aku, kalau dia ada masalah dia akan luahkan kat aku. bermakna ktorang saling mempercayai antara satu sama lain.
  2. dia selalu nasihat aku dalam banyak perkara dan beri pendapat yang boleh diterima pakai. kiranya, dia mempermudahkan aku lagi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
  3. kalau aku down, dia selalu beri semangat kat aku. xpernah sekali pun dia memperlekehkan aku. kata - kata semangat yang dia berikan kepada aku menjadi perangsang aku untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
  4. dulu. kalau sehari aku tak mesej dia, memang tak lengkap hidup aku. tapi, sekarang memang dia tak mesej aku buat selama - lamanya. korang dapat rasakan bertapa tak lengkap hidup aku sekarang ni.
  5. dia mengingatkan aku tentang perkara yang baik. contohnye, sembahyang. betapa aku inginkan laki yang macam tu. tapi, mungkin bukan nasib aku sekarang ni. dia da jadi milik orang lain.
  6. bagi aku dia seorang yang matured, xmudah nk gaduh ngan kawan2 yang dia tak puas hati dan kalo dia ad msalah dia selalu cari jalan penyelesaian yang tak melibatkan perasaan banyak pihak.
  betapa beruntung perempuan itu bila dapat dia. aku harap perempuan tuyh jaga hati dia baik - baik. jangan sesekali lukakan perasaan dia. tak pe la. aku redha dia bersama - sama dengan perempuan tuh..TAHNIAH AWAK..

terima kasih daun keladi

29 July 2011

0
Komen

cerita cinta I

  hari ini aku menaiki basikal menuju ke sekolah. dengan penuh bersemangat. hehehe. sampai di suatu simpang aku memberhentikan basikal ku kerana ingin menunggu seseorang. tiba - tiba, kelibat seseorang yang aku tunggu mula kelihatan. dia tersenyum ke arah ku. aku membalas senyumannya. kami pun beriringan dengan basikal ke sekolah. indahnya saat itu. kita bergelak ketawa bersama - sama. pergi  ke sekolah sama - sama. bila petang, kita bermain bersama - sama. waktu tu terasa bagai dunia kita yang punya. seronokkan??

 pernah satu hari, kita ke sekolah seperti biasa. tiba - tiba, saya ternampak banyak sangat kerbau kat tepi jalan. waktu tu saya memang takut sangat ngan kerbau. saya bawak basikal saya sampai kat tengah jalan. awk marah kat saya. awak tak bagi saya bawak basikal sampai kat tengah jalan. awak cakap saya, jangan takut, kerbau tu okeyh jep. tapi, saya mang takot masa tu. saya tak dengar pun cakap awak. tanpa saya sedari, sebuah motor menghampiri saya lalu merempuh saya dari belakang. saya terjatuh dari basikal lalu kepala saya terhantuk dekat atas jalan. sakit sangat. kepala saya benjol. awak terus berhentikan basikal awak dan datang ke arah saya. awak nampak risau sangat waktu tu. awak membebel dekat saya. awak hulur tangan awak dan angkat saya. saya senyum kat awak. saya cakap kat awk saya okeyh jep. tapi, muka awak tetap serius.

 tapi sekarang kita da  tak macam dulu. awak ngan saya da lain. kita saling malu - malu. saya rasa seronok sangat dapat kawan yang prihatin macam awak. mekasih kawan. :)

terima kasih daun keladi

24 July 2011

0
Komen

KEJUTAN DI PAGI HARI

ASSALAMUALAIKUM..

Hari neyh macam - macam kejutan yang DK dapat.. ada kejutan kecik, ada kejutan besar. tapi naseb baek bukan kejutan elektrik.. haihhh.. mintak - mintak dijauhkan la kejutan tuyh ek.. 

kejutan 1
time nie DK baru bangun tido. pastu, DK terus la capai baldi kat bawah meja. dengan pantasnya DK memusingkan kepala DK kearah pintu. tiba2, tanpa signal, kepala DK terhantuk kat pintu.. adoyai.. sempat lagi telek cermin tadi. nak tahu ad benjol ke tak.. naseb baek la tak ada.. kalo tak kurang la hantaran ti ek.. hehehe

kejutan 2
setelah siap mengiron uniform, DK pun bersiap - siap la nak gi ke kelas. sembur kanan, sembur kiri. kaci wangi. pakai bedak dan calit lipstik cket. ohhh, da lengkap. tiba2, pandang la cermin. rasa macam ad mende yang tak kene jep. macam cacat.. rupa - rupanya... ohhhh.. tidakkkk!!! DK tak jahit PANGKAT ag kat bahu.. macam mana nie.. pikir punya pikir pakai pin je la... 

kejutan 3
jeng3... nie punya kejutan lagi la dahsyat.. mau terkeluaq jantung DK dibuatnya. hari ni mang mengantuk gila la. duduk la kat meja tuyh. pikir la mende kerja nak wat supaya nak hilangkan mengantuk. pikir punya pikir last2, DK pun lena diulit mimpi. tanpa disedari, kedengaran derap kasut tumit tinggi yang kian menghampiri kelas DK. tiba - tiba "farhanaaaaaaa!!! sapa benarkan kamu tido dlm kelas!!!" oh... DK pun terjaga dari mimpi yang panjang taktala nama DK disebut oleh tutor kesayangan. suaranya merdu laksana bom meriam terasa menusuk kalbu.. huihhh.. naseb baik tak ada sakit jantung tadi.. kalo x, da lama da DK collapse.. hehehe

kejutan 4
DK diminta perform dressing kat depan tutor.. punya la cuak.. tangan pun menggigil. sedialah bahan kat atas troli dressing. da siap pakai mask da nie. normal saline pun da tuang dalam gallipot.. baru nak angkat tangan kononnye da cuci tangan secara surgikal, skali tutor DK pun jerit "farhanaaa!!!! mana swab (kapas) kamu!!"
.. huh.. skali lagi DK tersentap. da la masa tuyh tengah cuak dan ketar.. tiba - tiba tutor sergah kita.. lagi la ketar.

macam ni la cara nak sediakan peralatan masa dressing.. cuma DK lupa nak letak swab jep..

kejutan 5
ni kejutan yang tak disangka - sangka. tak tahu pun pagi ni masa tutor tu.. sekali kena buat test. da ar satu habuk tak baca lagi. lantas DK pun menyediakan peluru berpandu lalu melepaskan tembakan rambang. tapi, tak tahu la kena sasaran ke tak. bila, cek semula note, ada yang banyak terkena sasaran.. wahh.. suka2. tapi, jangan amalkan selalu.. hehehehe

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥