tweet, tweet, smsss! cek, mesej jap. tekan button fon. baca mesej. lama tenung fon tu. bulat mata- mata. sekejap dekatkan fon ke mata. sekejap jauhkan pulak. lama berfikir. susah betul nak hadam mesej orang ni ke otak. ke neuron dalam otak ni dah tak berfungsi? tapi, rasanya masih okay. atau kita baru belajar mengeja? oh,, mana mungkin begitu. selama ni kita lah sasterawan negara yang selalu mengarang ribuan patah perkataan bagi menghasilkan puisi cinta. malah, bakal menggantikan a. samad said barangkali. selama ini juga kita lah juara spell it right bakal mengalahkan mat salleh di seluruh dunia. mana mungkin kita baru belajar mengeja, bukan?
pernahkah kawan- kawan semua rasa menyampah bila membaca mesej atau text dari seseorang? rasa macam nak lempang orang itu tapi tak kesampaian. bukan kerana perangai mereka. tapi, dek mesej mereka yang sukar dibaca dan diterjemah. seolah- olah kita telah menerima mesej dari alien yang tidak sahih lagi akan kewujudannya. mari kita lihat satu- persatu ciri- ciri alien ini.
1) MESEJ TIDAK MEMPUNYAI TANDA.
awak ada kat mana tu da makan belum saya tunggu awak dekat kfc ni awak datang la ehbila tengok mesej macam ni pelbagai virus tanda tanya yang menyerang otak. adakah si mesej ni pemalas tahap gaban untuk meletakkan tanda noktah, koma, seruan atau tanda tanya? adakah ini stail orang zaman sekarang? atau mungkin cikgu sekolah telah mengirimkan kerja rumah kepada adik kita yang darjah satu. fill in the blank, kononnye. oh, pleassseeee. mereka yang tulis mesej macam ni seolah- olah tidak mempunyai perasaan atau dipanggil flattening of effect. hidup mereka seolah- olah mendatar jep. tak de turun dan naiknya. haihhh.. lemah DK dibuatnya.
2) MESEJ LIDAH BERBELIT
awux adur cut manur too? da mkn kew bewlurm? sayer tggu awux cut key ef ci taww. awux datunx lur eah..ohh nom nom!! setahu DK la. tak de lagi bahasa macam ni kat dalam dunia. ingat kita main tounge twister ke hape? mesej yang macam ni benar- benar menguji minda dan kegeliatan lidah kita untuk membacanya. entah siapalah yang mula- mula mencipta ayat mesej macam ni. tak de ahli kaji sejarah yang mengkaji pasal ni ke? nak tau jugak asal- usul bahasa ni. bahasa ni lebih teruk dari bahasa zaman babylon dulu gamaknya.
3) MESEJ PALING SINGKAT
u ad ktne? d mkn k blm? i tgu u kt kfc n. u dtg l eh.yang ni jenis suka main teka- teki dengan kita. k stand for what? d stand for what? kadang- kadang tu konfius, blm tu hape. belum ke balam ke. ingat kita ni ada masa nak layan teka- teki diorang. banyak benda lagi yang nak dibuat okay daripada layan mesej macam ni. buang karan je la.
4) MESEJ PEMALAS
me: awak ada dekat mana tu? dah makan ke belum? saya tunggu awak dekat kfc ni. awak datang lah ye.untung lah orang yang balas mesej macam ni. duit berkepuk dalam poket. setakat balas satu huruf tu baik tak payah. buat sakit hati orang yang membaca jep. ohhh., orang yang macam ni memang menguji kesabaran dan emosi. orang jenis macam ni pun kurang berperasaan dan pemalas. kita bagi 10 perkataan yang dijawabnya sepatah je. macam jawab soalan ya atau tidak.
reply: k.
me. awak datang tak?
reply: ye.
5) MESEJ TERLAMPU KREATIF
4w4k 4d4 d3k4t m4n4 2? d4h m4k4n k3 b3lum? s4y4 tun99u 4w4k d3k4t kfc n1. 4w4k d4t4n9 la 3h.tak tau lah nak cakap macam mana dengan orang yang macam ni. tahap pemikiran dia terlampau inovasi, kreatif dan kritis. mungkin orang macam ni gila seni abstrak ke seni nombor ke. entah lah. atau pun budak terer add math. atau pun budak yang gian sangat nak jawab soalan add math, fizik, kimia dan seangkatan dengannya. kesian orang yang tak suka main dengan nombor. kalau dapat mesej macam ni, mau trauma diorang. kalau DK baca mesej macam ni memang sesak nafas dan berpelun. fuhh..