04 May 2013

0
Komen

sakit

 

sakit. betapa hati ini sakit, hancur, luluh. ibaratnya, kau datang membawa pisau memotong ayam sambil mengasahnya dengan batu pengasah sehingga berkilat kemilauan tajamnya. lalu, dengan rakusnya kau membelah dadaku, kau ambil hatiku, kau lapah ia, dan kau racik ia menjadi seperti daging cincang. tak cukup lagi kau masuk hatiku yang kau cincang itu ke dalam pengisar ice blended. lalu, kau tekan ke darjah kelajuan 3 dan jadi lah daging kisar yang layak di makan oleh datuk dan nenek yang sudah tua dan tidak bergigi. begitulah kejamnya kau!  

aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. kalau aku kumpul air mata aku itu mungkin cukup 7 tempayan untuk dijadikan hantaran meminang buat puteri gunung ledang. aku berharap sangat yang aku boleh membuatkan kau tidak tidur malam memikirkan kesalahan yang kau lakukan terhadap aku. aku berharap sangat yang satu hari nanti, kau terhegeh- hegeh berlutut di kaki aku untuk kembali kepadaku. aku berharap sangat yang kau akan menyesal kerana meninggalkan perempuan seperti aku. sumpah! memang aku berharap sangat suatu hari nanti kau akan menangis di hadapan aku. dan pada masa itu, sesalan yang kau terima itu ternyata sia- sia. walaupun macam mana sayang aku dekat kau pun, aku tetap tidak akan berpaling. kerana aku tahu, aku akan merasa sakit jika bersama kau.

dan kesakitan yang telah kau beri dekat aku ini menyebabkan aku berubah. berubah persepsi cintaku. berubah definisi cintaku. 


terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥