10 November 2014

0
Komen

trust me!


assalamualaikum u ollss.

    dah lama kan DK tak update blog. dah bersarang dah pun blog DK ni. hehe. dah masuk 10 bulan DK bekerja sebagai seorang stafnurse. banyak pengalaman suka- duka yang DK tempuhi. Alhamdulillah, sepanjang hari DK bekerja, jarang sekali DK tak bersemangat nak pergi kerja. ini semua kerana Allah telah memberi DK satu kenikmatan yang tidak ternilai iaitu bekerja di dalam suasana yang ceria dan tidak stress.

    Alhamdulillah, first posting DK di ward peadiatric yakni ward kanak- kanak. DK ingat sangat masa DK student dulu. ward peadiatric ialah ward yang paling DK tak suka. sebab apa? DK rasa ward peadiatric ialah ward yang paling serabut, susah nak buat kerja sebab kanak- kanak suka menangis dan merengek, dan paling memboringkan.

    tapi, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. barangkali apa yang kita suka itu belum tentu baik buat kita dan apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat kita. DK pun suka tempat DK kerja sekarang ni. rupa- rupanya, kanak- kanak ni adalah anugerah buat DK dan terapi untuk DK hilangkan stress semasa kerja. DK hargai sangat- sangat anugerah ini.

    walaupun penjaga atau kanak- kanak banyak kerenah, itu perkara biasa kerana lumrah hidup, ibu bapa mahu yang terbaik untuk anaknya. namun, DK menyeru ibu bapa diluar sana. trust paramedik! mereka pun menganggap anak anda seperti anak mereka sediri. mereka lakukan sesuatu bukan kerana hendak mendera dan sebagainya. tapi, mereka ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk anak anda!

    dan, saya percaya, ramai diluar sana yang tidak memahami kerja kami kerana kurangnya komunikasi yang berkesan terhadap ibu bapa. DK memohon maaf jika perkara sebegini berlaku. DK akan cuba menjadi stafnurse yang terbaik untuk anda. :)
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥