19 August 2011

0
Komen

10 perangai buruk kawan yang perlu dijauhi

salam. DK buat entry ni dalam keadaan bengang. macam - macam karenah kawan yang kita ada. ada yang baik, ada yang buruk. yang baik tu konpem la kita boleh terima. yang jahat tuyh... haiihh. mang sakit ati la kan. DK tahu kadang - kadang kita ni tak perfect mana pun sampai semua kawan nak suka kita. tetapi, sekurang - kurangnye kita berusaha jadi yang terbaik untuk diterima oleh kawan kita yang lain. tapi kalau dyorng tak suka lagi, nak buat macam mana an. terima jela. lagipun kita da cuba yang terbaik supaya orang suka dekat kita,. antara 10 perangai buruk kawan yang perlu dijauhi:

  • kawan yang lupa diri
spesies ni macam kacang lupakan kulit. da sedap - sedap makan kacang, kulit buang merata. *ayoyo.. bm failed. penat cikgu ajar. okeyh la, back to our bisnes. kawan macam ni mang totally tak boleh buat kawan. time, dyorang susah cepat - cepat cari kita. lepas tu, bila dyorg da senang lenang duduk kat kayangan, dyorg da lupa la kita yang berada kat bumi ni. pandang kita pun tak nak. pe jenis kawan macam tu. pikir kesenangan dyorg sendiri jep. 

  • kawan yang berlagak
nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. DK pun tak tahan la. dyorg semua bajet dyorang perfect. dyorg da lupa, apa yang dyorang ada tu semua pinjaman dari Allah. jangan nak berlagak sangat la. bila - bila masa je Allah boleh tarik apa yang dia berikan., so, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.

  • kawan yang makan kawan
yang ni spesies musang berbulu ayam. kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata. *pe la DK mengarut ni. kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggop memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. lebih kurang pentingkan diri sendirila.

  • kawan yang ngumpat belakang
kawan ni spesis yang hipokrit. kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. perbetulkan apa kesalahan yang kita lakukan. itu la kawan yang baik. ni tidak, habeh semua di jaja sifat buruk kita. kadang - kadang ditambahnya pulak maggi cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. entah betul ke tak an pe yang dia cerita tu.

  • kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati 
kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang - lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dyorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. act, yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat.

  • kawan yang suka menipu
' siakap, senohong, gelama, ikan duri,
bercakap bohong lama - lama mencuri.'
pantun ni semua orang tahu kan. begitulah rupanya kalau kita dapat kawan yang suka menipu ni. mula - mula dia belajar menipu, lama - lama belajar mencuri. kalau mencuri harta benda tak pe lagi, kalau da curi orang yang kita sayang. haihhh. apa nak dikata. meleleh air liur kita dibuatnya. sanggup kita nak bermadu dengan kawan rapat kita yang kita percaya selama ni.? tak sanggupkan. 

  • kawan yang kedekut
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. buat sakit hati je. barang kita bukan main sedap dia tibai. sampai tak ingat dunia. bila kita cuit sikit je barang dyorang, mula mata jeling - jeling, pastu, heboh satu kampung macam kita guna barang dyorang habeh licin.

  • kawan yang tak reti guna barang
yang ni bukan tak reti apa, tak reti nak mintak kebenaran pinjam barang orang. Allah bagi mulut tu suruh cakap, dia pakai ambik jep. tahu tak, kalau kita ambil hak orang tanpa meminta kebenaran, itu telah dipanggil MENCURI. dan hukum MENCURI adalah potong tangan. pastu, bila da guna barang kita, tak reti - reti nak pulang balik. buat macam harta sendiri. ada ke patut?

  • kawan yang 4G
4G yang DK maksudkan di sini ialah gedik, gatal, gelenya, gelebeknye. 4G ni di khas untuk perempuan sahaja. kepada perempuan - perempuan di luar sana, jauhilah kawan - kawan anda yang bersikap begini ek. terkinja - terkinja, terhegeh - hegeh dekat lelaki. buat malu kaum hawa je. kita sebagai wanita perlu ada sifat malu. kalau tak ada sifat malu, tanam kan dalam diri kita mulai sekarang juga.

  • kawan yang berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
kawan macam ni tak tahu la nak cakap macam mana kan. dah buat perkara terkutuk, lepas tu canang perbuatan terkutuk yang dyorang lakukan kat orang lain. macam hebat sangat la tuyh. dyorang ingat orang suka sangat nak dengar. mencemuh lagi ada la. jangan la nak bangga sangat dengan dosa yang kita lakukan, sedangkan dosa itu tidak memberi apa - apa manfaat bagi kita. malah, merugikan kita lagi.
akhir kata kawan - kawan, DK nak pesan, jadilah seorang manusia yang membawa kawan ke arah kebaikan, bukan ke arah kejahatan.

terima kasih daun keladi

1
Komen

lelaki : NURSE?? malu beb!!

Lelaki tak boleh jadi nurse??
nurse tu keje perempuan jep??
laki lembut jep jadi nurse??

haihhh..sape cakap?? semuanya tak betul tau..

laki boleh jadi nurse
.. malah profession nurse amat memerlukan lelaki sekarang ni memandangkan ramai pesakit - pesakit lelaki di hospital. maka, lebih elok la ada nurse lelaki untuk jaga dan rawat pesakit lelaki. selain itu, nurse lelaki amat diperlukan semasa menjalankan perawatan seperti mengangkat pesakit dan lain2 lagi memandangkan kudrat lelaki lebih kuat berbanding dengan perempuan. oleh itu, * cewahh, ayat karangan form 5, nurse lelaki amat diperlukan.

nurse bukan kerja perempuan saja . haihhh... tugas nurse lebih kurang macam pramugari jep, beri perkhidmatan yang sempurna. cuma yang membezakan pramugari dan nurse ialah tugas nurse lebih berat : melibatkan nyawa seseorang. kalau pramugara ada, mestila nurse lelaki pun ada jugop. tak gitu. lagi pun kewujudan nurse lelaki kini telah lama di terima oleh masyarakat luar negara. takkan kat malaysia xboleh kot. janganlah kita berfikiran sempit!

tak semestinya lelaki lembut saja boleh jadi nurse. yang ni pulak satu lagi tanggapan yang kolot. jadi nurse tak semestinya kena jadi lembut yang aw, aw tu. lembut di sini lebih kepada cara kita melayan pesakit. dan, tak semestinya lelaki lembut je yang boleh jadi nurse. laki yang berlagak macho tak boleh. band boy pun boleh jadi la. contohnya :
blood fever

so, kesimpulannya laki2 kat luar sana jangan pandang rendah dekat laki2 yang jadi nurse. tak semestinya diorang jadi nurse sebab dyorang lelaki yang lembut. korang patot rasa banggala jika ada dalam kalangan kawan2 laki anda yang berniat atau bercita - cita jadi nurse coz tak ramai laki yang sanggop jadi nurse. ingat, tugas nurse merupakan tugas yang mulia. :)



terima kasih daun keladi

17 August 2011

0
Komen

terima kasih kepada yang sudi :)

terima kasih kepada yang sudi follow blog DK. DK minta maaf kepada sesiapa yang da follow blog DK, tp, DK tak follow dia balik coz DK tak jumpa button follow. sori sangat2 ek.
tak lupa juga, terima kasih kpd  Ezad Skytech kerana sudi buat segmen neyh.. harap2, kalau rajin buat la lagi ek..;)
terima kasih daun keladi

25
Komen

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

sila tekan SINI untuk mengetahui lebih lanjut


- Nama panggilan Blogger         : Dara Kampung/ DK
- Tarikh mula berblog               : JULAI 2010
- Rakan blogger terkini             : 9 orang jep..huhuhu :(
- Target tambah rakan blogger  : sebanyak mungkin


terima kasih daun keladi

0
Komen

Langit Ilahi TVShow ~3~ Melihat Dunia

Bagaimanakah sepatutnya kita ini melihat dunia.
Semoga bermanfaat.


terima kasih daun keladi

0
Komen

wordless wednesday #1



terima kasih daun keladi

16 August 2011

0
Komen

ya ALLAH..bantulah hambaMU

aku tak tahu pe yg bakal terjadi kat aku pd hari - hari yg mdtg..ku anggapkan semua ini hanyalah mimpi ngeri dlm hidup aku. walaupun ini belum tentu lagi kebenarannya, tapi, ia mengganggu hidup aku. aku tak sggop. aku berharap mende tu xmemudaratkan aku. kalau dia nk tmbuh pun jgn la smpai mengancam nyawa aku. tp, jika ini tertulis buatku, aku redha YA ALLAH.. bantulah hambaMU ini.. tabahlah hati ku.
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥