yang pertama dulu, dia tak terima DK sebab DK bawah umur katanya. DK terpaksa rela menerima luahan yang bakal meranap hati DK. DK pasrah dengan pilihan yang diberikan kepada DK. DK rela menanti pada yang sudi.
yang kedua kalinya, DK yakin sangat yang DK akan lepas sebab DK dah cukup umur. setelah DK berjaya menjalani berapa rintangan untuk ditabalkan menjadi calon, tapi akhirnya DK tewas kerana tidak lulus untuk meraih hatinya. Hb DK low masa tu yakni 10.5. DK frust sekali lagi.
kali ketiga DK tewas lagi seterusnya yang keempat kalinya. agaknya DK memang ditakdirkan untuk tewas selamanya. DK period masa tu. memang DK ditolak mentah - mentah oleh si dia. DK sakit hati sangat masa tu lalu pergi membawa diri.
kali kelima, DK membawa harapan yang besar dan sangat tinggi. berharap sangat bahawa impian DK dapat ditunaikan. DK berharap sangat hatinya terbuka buat DK. DK bersiap sedia pada hari semalam untuk meluahkan segala dendam dan rindu kepadanya. tapi, akhirnya DK di reject jugak. Hb DK low yakni 11.1. sangat cantik nombor itu ya!
dari dulu lagi DK bercita - cita untuk menderma darah. tapi, semuanya di reject. pe lah salah DK. Dah lah darah DK ni berharga. O. Sapela tak nak darah O kan. tapi, disebabkan Hb DK selalu rendah impian DK tak tercapai sampailah sekarang. huhuhu
tapi, kepada sesiapa yang cukup syarat : berumur 17 tahun ke atas. tidak mempunyai penyakit bawaan darah seperti HIV, tidak period masa hari menderma, berat badan 45kg keatas dan Hb adalah 12.5 ke atas anda amat - amat digalakkan untuk menderma darah di blood bank di mana - mana hospital yang berdekatan. ingatlah bahawa dengan menderma darah anda boleh menyelamatkan beribu - ribu nyawa (: