20 January 2013

bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah memberi peluang kepada DK bernafas dimuka bumi ini, menggerakkan tangan DK untuk menekan keyboard laptop ni, memberi peluang DK berfikir untuk mengupdate entry yang baru. pagi yang indah ini DK berpakaian serba oren, rakan- rakan DK pon serba oren jugak, dah macam lautan pelajar berbaju oren da. sebab apa?? sebab kami telah dijemput untuk bertemu dengan PM di jelajah janji dicapati.. opssss *ditepati.. jelajah janji ditepati ini telah diadakan di RTC, KB, Klate.. macam- macam la ad kat sana. seperti biasalah objektif utama atau agenda diorang adakan jelajah janji ditepati ini ialah politik. boringggggggglaaaaa... yang lain tu hanya sampingan jep... dengar katanya 80 000 orang membanjiri jelajah janji ditepati tu, tapi mungkin tak setanding dengan ramainya orang ke ceramah ust azhar idrus.. DK bukan nak cerita sangat pasal politik ni. tapi, da boring da dengar perbalahan dyorang. kadang- kadang sampai melibatkan agama. DK ingat ke DK da salah masuk majlis tadi. haihhhhh.. last- last, DK ambik earphone sumbat kat telinga. apa yang PM cakap bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri jep. antara intipati atau janji- janji yang DK sempat dengar  dari mulut PM tadi, PM dah janji dengan rakyat klate nak bina stadium baru, nak bina masjid yang besar, nak wujudkan lebuhraya bagi kurangkan sesak, dan nak bina kampus uitm yang baru. hope yang tu boleh jadi kenyataanlah.. mungkin tu saja modal yang boleh menarik perhatian rakyat klate untuk mengundi gelombang merah. DK bukan nak berada di pihak pembangkang. cuma tak berminat la dengan mana- mana politik ni.. kalau disuruh undi pon, memang tak tahu nak pilih yang mana. mungkin kena buat solat istikharah dulu sebelum mengundi. baru Allah beri petunjuk pemimpin yang mana harus dipilih. insyaAllah.

nampak tak gelombang oren tu.... hehehe


terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥