fitnah dajjal adalah fitnah terbesar, terakhir dan terdahsyat di dalam sejarah manusia : itulah pesanan rasulullah s.a.w :
"semenjak adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tiada hal yang lebih besar dari fitnah dajjal" (riwayat muslim)
sungguh. bila DK baca buku ni DK terfikir, adakah iman kita cukup kukuh untuk menghadapi fitnah dajjal?? memang pada masa ni, kita cakap kita mampu untuk menghadapinya. tapi, kita tak pernah terfikir lagi sejauh mana kita akan diduga.. adakah apa yang bakal kita hadapi tu berat??
buku ini telah membongkar segala keajaiban dunia mempunyai kaitan dengan dajjal seperti piramid dan kaum mayan yang selalu disebut. buku ini membuka mata kita dan mengajak kita berfikir jauh berkaitan dengan dajjal. bagaimana epik - epik dalam sastera inggeris dan china mempunyai kaitan dengan dajjal. membuka mata bagaimana lagu - lagu yang kita dendangkan selama ini mempunyai kaitan dengan dajjal. memuja - muja dajjal. bagaimana fahaman liberalism, atheis mempunyai kaitan dengan dajjal.
semoga anda dapat manfaat daripada buku ini. banyak info dan maklumat yang kita boleh perolehi. yang pastinya, kita perlu memantap lagi akidah kita untuk menghadapi fiinah dajjal. insyaAllah..
terima kasih daun keladi