17 February 2012

0
Komen

#2 awesome muslimah : kecantikan haiwaniah

pagi semua!!! cewah,,, pagi la sangat kan. korang semua da makan belum? belum mkn! DK pun belum sebenarnya. kuang3

okeyh la, back to our bussiness!*speaking la pulak hari neyh DK nak sambung pulak pasal intipati talk show hari tuyh. kecantikan haiwaniah! dat da topic. korang tahu tak apa tu kecantikan haiwaniah? tak tahu! okeyh la. meh la DK terang secara ringkas. haiwaniah ni kata dasar dia ialah haiwan. dan kecantikan haiwaniah ialah kecantikan yang digunakan oleh haiwan betina utk menarik perhatian haiwan jantan. Allah telah cipta haiwan betina bertelanjang dan menampakkan kemaluannya tujuannya untuk mengawan dengan haiwan jantan.

ehsan google.


zaman sekarang ni ramai wanita yang mempunyai sifat kecantikan haiwaniah. kanpa?! jangan marah DK.. tapi ini hakikatnya.

  • memakai wangian  sehingga lelaki dapat menghidunya.
tahu tak, kalau kita perempuan memakai wangian yang terlalu kuat baunya, sampai beribu batu jauh tuyh orang boleh bau, jika dia lalu di depan lelaki yang bukan mahramnya, dan lelaki itu terangsang akan baunya, dia seolah - olah telah berzina dengan lelaki itu. bayangkan kalau 10 orang lelaki yang dia lalu. ibaratnya dia telah berzina dengan 10 orang lelaki tersebut.
  •  bersolek yang keterlaluan.
bersolek yang agak keterlaluan sehingga tebal 5 inci. kalau depan suami, muka pucat jep. kalau time keluar rumah, semua nak cantik - cantik. *haihhhh. patut la suami keluar cari yang lain. tahu tak, yang asli lagi baguih. kalau nak pakai jugak, pakai la bedak nipis jep....


  • memakai gelang kaki dan kasut tumit tinggi yang menimbulkan bunyi.
yang ni pun sama. saja nak ambik perhatian lelaki. tahukah anda, *skema la pulak di india, kebanyakkan yang pakai gelang kaki yang berbunyi - bunyi ini adalah pelacur. tujuan mereka nak tarik perhatian lelaki. kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan bunyi yang boleh merangsangkan kaum lelaki. pastu, lelaki tengok kaki kita. tak pakai stokin pulak tu. kaki kan aurat jugak. 
ada yang berani buat,, hahahaaha
  • memakai sanggul yang tinggi
DK paling tak suka tengok orang pakai sanggul tinggi. dah la tinggi, kalau ori tak pe jugok. ni tak. yang tipu pulak. masing - masing nak lawan, sanggul sape yang paling tinggi. kalau yang rambut panjang tu, cubalah cover rambut anda supaya tak nampak sangat tinggi sanggul tu. tapi, yang DK pelik la, ada rambut seciput jep, tak pakai sanggul palsu, tapi sanggul tetap tinggi. camne tuyh ek?? tahu tak, kalau kita pakai sanggul tinggi - tinggi, kita tidak dapat masuk syurga bahkan mencium baunya sekali! masya- Allah.


ehsan google

 

itulah serba - sedikit yang boleh DK kongsikan. banyak lagi contoh - contoh yang lain. nak terang, takut berjela - jela pulak jadinya. kesimpulannya, janganlah kita memilih kecantikan haiwaniah ni. rugi kat atas diri kita je. dosa bertambah. pilihlah kecantikan insaniah dan patuhi hukum menutup aurat dengan betul. itulah kecantikan yang hakiki.
terima kasih daun keladi

14 February 2012

2
Komen

#1 awesome muslimah: wanita lemah??


wanita ibarat timun, 
senang tergolek,
senang terluka.


lelaki ibarat durian,
gagah kononnye!


tapi bila hati si timun dihiris macam ni,



temnpoyak jua akan ditenyeh - tenyehnye...


janganlah kita, wanita mengangap diri kita ni lemah sangat. sampai mudah untuk dipermainkan oleh lawan jantina. tunjukkan yang diri kita kuat. dan tidak mudah dipijak mana - mana lelaki.

ibu kau ibarat lilin,
menerangiku dalam kegelapan.


korang tak rasa pelik ke?? kenapa ibu itu perlu dianggap sebagai lilin? bukan ke api lilin tu mudah mati sendiri? dan cair sehingga meninggalkan sisa sumbu saja. kenapa tak benda lain?


wanita itu ibarat mentari. walaupun tenggelam bila malam, tapi tenaga solarnya masih ada

jadi, jika anda ingin me jadi AWESOME MUSLIMAH jangan sesekali diri ini kesal kerana di lahirkan sebagai WANITA. biarpun diri ini tiada rupa untuk manusia, tapi kita masih ada rupa dimata ALLAH.

terima kasih daun keladi

0
Komen

talk show : awesome muslimah


semalam dah talk show ni berlangsung. DK minta maaf sangat kerana tak dapat kongsi talk show dari awal lagi kepada kawan - kawan semua kerana sibuk sangat.  DK nak bagi 5 bintang kat talk show ni. memang best, banyak input, dan rasa diri ni bersemangat kembali setelah diberi kata - kata yang membakar diri ini. kalau boleh DK nak lagi pergi ke talk show macam ni. rasa rindu pulak xspeselly kat dr. harlina. sape tak kenal dia an. tokoh kecemerlangan maulidur rasul peringkat negeri selangor. pape pun, DK akan kongsikan intipati yang DK telah perolehi dari talk show ni di entry - entry yang kan datang.




terima kasih daun keladi

0
Komen

wanita hiasan dunia

time lecture mengajar! borink etek,, hehehehe 
wanita hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah,
yang akan membahagiakan 
syurga dalam rumahtangga.

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥