12 August 2011

0
Komen

tension! tension! tension!



haihhh... macam - macam boleh buat kalau kita tensionkan. jadi hari ni DK nk senaraikan 7 perkara yang selalu DK buat kalau DK tension :

1. menangis : kalau terlampau tension tahap kritikal sampai tak tertanggung dek akal, memang DK akan menangis sepuas - puasnya bagai nak rak. lepas tu barulah rasa tension tu hilang sikit.

2. melalak : masa ni tension yang bawah daripada tahap kritikal. tak tahu nak panggil pe da. kalau tension masa ni, capai jep mp3, pastu bukak volume kuat - kuat, menyanyi kuat - kuat. biasanya terjadi kalau DK tension time nak study.

3. luahkan masalah kat bbf : jika kita luahkan masalah kita kat seseorang yang kita percaya, sedikit sebanyak rasa sesak di dada akan dapat dikurangkan. walaupun mereka tidak boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah kita, tetapi, setelah bercerita , kita akan berasa lega selepas itu.

4. movie time : biasanya cerita yang lawak menjadi pilihan time tension2 ni. kalau boleh cerita tu mang betul - betul kena lawak ar. baru boleh ketawa puas - puas. sedikit sebanyak, tension itu akan berkurangan. :)

5. jalan - jalan : kalau dekat rumah DK suka berjalan dekat tepi sungai sambil menghirup pemandangan yang indah. rasa minda dan dada lapang sikit. hehe

6. menkedarah : yang nie time geram kat orang. oppssss. geram n tension tu same ke DK oiii... ala, kira sama la tu. time ni, sume bnde nk makan. kebiasaan berlaku bila DK geram tahap cipan kat seseorang. bila rasa geram tu tak terluah, last2 makanan yang jadi mangsa. tak adil betul an. haha

7. rasa nak buat benda pelik ( cubit orang) : pernah tak rasa geram pastu orang sebelah yang jadi mangsa cubitan kita. haihhh. tak patot betul. tapi, tu la yang biasa DK buat dan biasanya adik yang jadi mangsa. hehehehe

tu la yang biasa DK buat. korang macam mana??




terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥