11 August 2012

0
Komen

surat cinta untuk suami

dear my future imam :)


assalamualaikum, warkah ini buat awak yang berada jauh di masa hadapan saya. meskipun kita tak tahu sama ada kita pernah berjumpa atau tidak, dekat atau jauh, dan kenal atau tidak, saya nak awak tahu, hati saya ini akan saya serah sepenuhnya dekat awak sekiranya awak benar - benar halal untuk saya. bila dah halal nanti, maksud saya bila dah habis saja lafaz dan akad nikah nanti, saya nak awak tahu yang tanggungjawab awak berat sangat. awaklah yang jadi imam untuk saya, awaklah yang jadi ayah untuk saya, awaklah kapten kapal, awaklah pilot yang bawa flight. semua tugas terpikul dibahu awak. beratkan?? 

dan, tugas saya, meringankan beban yang awak tanggung. saya berharap saya dah bersedia untuk menjadi isteri yang solehah untuk awak. Menjadi penyejuk mata dan hati awak. menjadi penenang dikala awak dalam keresahan. 

In sha Allah. Kita akan sama- sama mengemudi bahtera kita hingga ke Jannah. Semoga kita akan mendapat zuriat yang soleh
dan solehah.

Ameen :) 




terima kasih daun keladi

10 August 2012

5
Komen

jom join giveaway nasz : ole - ole dari thailand!



saja jep nak join giveaway neyh. selama tak pernah pon nak join mana - mana giveaway. first time join tau.. jangan nak gelak.. hahaha. sekadar nak jumpa naseb.. tengok dia punye ole - ole pon comel tau.. teringin pulak nak dapat.. Insyaallah., dapat la ek...

terima kasih daun keladi

08 August 2012

0
Komen

ketupat? senang makan tapi susah nak buat




korang penah makan ketupat?? eh, mstilah penah kan. buat?? urmmmmm... hehehehe.. tak kot...
itu perkara biasa kita dengarkan.. nak buat ketupat punya la susah. tapi kalau makan tuyh, belah, colek, masuk mulut, kunyah - kunyah, lepas tu telan jep.. senangkan tuyh. Hahaha

kenapalah DK beria sangat cakap pasal ketupat ni... yela, tanpa ketupat tak berseri raye kita kan.. kalau time raye jep mesti ada mak sedara tempah ketupat dengan mak DK. yang nayanya DK la.. biasanya hampir 300 ketupat perlu dibereskan menjelang hari raye.. berpulunlah DK mengayam daun kelapa tuyh.. bukan senang nak belajar. kena ada tahap kesabaran yang tinggi. salah sikit kena bukak semula.. sampai lunyai daun kelapa tuyh di buatnya.. bila da pandai, laju jep buat.. hahaha.. pengalaman..

hari ni rasa exiceted sangat lah sebab ada kawan bangsa india kat kelas, minta DK ajarkan dia mengayam ketupat. punyalah seronok dia. kita pon lagi seronok sebab bangsa lain pon nak belajar buat ketupat.. kitaorang buat guna riben jep.. buat punye buat akhirnya menjadi jugak.. credit to DK la sebab ajar dia.. hehe, masuk lif, tekan sendiri pulak DK ni ek.


kadang - kadang terpikir jugakkan.. macam manalah orang zaman dulu terpikir nak mengayam ketupat macam neyh.. kreatifkan!
terima kasih daun keladi

06 August 2012

0
Komen

untitled

berdoalah, mintalah sebanyak mana pun, angkatlah tangan selagi termampu.. insyaAllah, Allah maha mendengar, maha mengetahui dan doamua akan dimakbulkan olehNYa.. jika tidak sekarang, mungkin disaat kau lebih - lebih memerlukan..
terima kasih daun keladi

05 August 2012

0
Komen

aku dah kalah!

aku akui selama ni aku berusaha melupakan dia,, aku berusaha tak nak jatuh cinta dengan dia.. tapi, aku hanya manusia biasa.. sejauh mana pun kita berlari, pasti cinta akan mengejar kita.. manusia takkan pernah lahir tanpa cinta di hati mereka..

nak kata aku bahagia sekarang?? mungkin tidak dan mungkin ya.. tidak, sebab semakin aku pendam rasa cinta aku, semakin bergelodak hati aku.. ya, sebab walaupun masa aku jahil dulu, aku pernah mengatakan isihati aku terhadapnya, dan dia berkali - kali telah menolak, namun, dia masih berada disampingku sehinggalah sekarang, saat aku berubah ke arah yang lebih baik.

jika ditanya mengapa ku pendam cinta?? kerana aku tak sanggup untuk dikecewakan buat kali yang ketiga.. dan, aku tahu, aku hanyalah insan yang lemah.. jika dia menerima aku, pasti kami akan terkapai - kapai dalam dunia per'kapel'an yang bisa mendekatkan aku dan dirinya ke arah zina.. jadi, biarlah aku cuba menahan arus cinta di hati ini dengan empangan kesabaran.

ya Allah, bantulah hambaMu ini.. tingkatkan keimanan di lubuk hati ini agar diri tidak tergoda dengan percintaan yang boleh membawa kami ke lembah zina. dan, kau kurniakanlah aku pasangan halal yang beriman dan bertakwa, agar dia dapat membimbing aku menuju ke Jannah...

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥