04 January 2012

0
Komen

awak, jom kapel!

apakah perasaan korang bila dengar perkataan ni?
awak, saya nak terus terang dengan awak yang saya dah lama sukakan awak. sudikah awak jadi bf/ gf saya?
perghhhhhh... mang ketar lututkan! terharu, berpeluh semua ada. nak2 bf tu hensem or gf lawa dan kita mang minat giler2 kat dia kan.
tapi, eh, tunggu dulu! patut ke aku terima? orang cakap kapel tu haram. tapi, aku da lme suka dia. takkan aku nak tolak pulak. baik aku terima je la.
wait adik2ku. jika kamu menerima lamaran kapel itu, kamu selangkah mendekati zina.
akaq! zina apa pulak. saya akan cuba kawal diri saya. saya xkan dating dua2. ada orang teman. mesej pun bagi tazkirah jep. mana ada zina2 ni!
 Allah telah berfirman dalam surah al - isra' ayat ke 32:
"dan janganlah kamu mendekati zina. sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."

dan ingatlah adiq, niat sesekali tidak pernah menghalalkan cara. mungkin, kamu rasa kamu dah buat yang terbaik untuk jauh daripada zina. tapi, zina hati. kamu sudah yakin kamu dapat menghindarinya?

rasulullah pernah bersabda:
"mata berzina dengan melihat, lidah berzina dengan bercakap, tangan berzina dengan berpegangan. kaki berzina dengan berjalan ke tempat maksiat, hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi."

macam adiq2 nak lari sekalipun, adiq2 tetap tak dapat menghindari zina hati!

tiada istilah 'kapel islamik' kerana islam telah menganjurkan perhubungan yang halal.
boy : awak, saya nak terus terang dengan awak. sebenarnya, saya da lame sukakan awak. saya tak bagitau awak sebab saya tak bersedia. sekarang ni saya da bersedia da. awak, saya da pikir masak2, jom kita..

girl ; awak, saya minta maaf. saya tak dapat terima awak.

boy ; kenapa? awak dah ada yang lain? ( muka frust menonggeng)

girl : bukan sebab itu. tapi, sebab saya nak suami, bukan bf!

boy : hahahahahaha

girl : kenapa awak ketawa? awak ingat saya main2 ke?

boy ; saya ketawa sebab saya memang nak jadikan awak isteri saya. bulan depan kita nikah ye..

girl ; (tersipu malu)

terima kasih daun keladi

01 January 2012

0
Komen

sedangkan nabi ampunkan umatnya


Pernah tak korang sume rasa marah sangat – sangat kat seseorang?

Pernah tak korang rasa kecewa sangat – sangat kat seseorang?

Atau,

Pernah tak kawan yang korang anggap macam adik beradik korang sendiri tikam belakang korang,

Dan korang rasa macam tak boleh maafkan diorang langsung?

Atau,

Pernah tak korang ada sejarah hitam masa lampau sehingga menyebabkan korang berdendam  dengan seseorang sampai sekarang dan memang “tiada maaf bagi mu!”

RELAX BEB!

Istighfarlah banyak – banyak. Jangan biarkan diri anda diselebungi perasaan dendam dan amarah!
Maafkanlah kesalahan mereka yang pernah buat korang sakit hati, marah dan segala bagai dan elakkan dendam yang bakal memusnahkan diri korang sendiri. Mungkin diorang telah insaf dengan kesalahan yang telah diorang lakukan. Jadi tak perlu diungkitkan lagi.

Kalau diorang tak insaf, macam mana?

Berdoalah moga – moga dia insaf dan kembali ke pangkal jalan. Itu adalah yang terbaik. (senyum sikit)

Susah nak maafkan orang yang menganiaya diri kita sendiri?

Kenapa? Sebab syaitan dah merasuk hati. Menambahkan lagi dendam amarah tu. Asal jumpa orang yang kita benci jep, mesti rasa nak meledak, kan? Orang kata kalau masa kita marah, kita tengah berdiri, elok – eloklah duduk.

Tapi kalau tengah duduk, macam mana pula DK an?

Kalau duduk, baring lah (gurau – gurau manja sikit takkan takboleh)
Kalau tengah duduk, beristighfar la banyak – banyak. Nak lebih tenang lagi ambil lah wuduk. Lepas tu buka al – Quran. insyaAllah. Perasaan marah dan benci tu akan hilang.

Saya langsung tak boleh maafkan dia!

Astaghfirullah al azim.
Sedangkan nabi ampunkan umatnya. Maafkan bapa saudaranya, abu jahal dan abu lahab yang sering bersifat zalim ke atasnya.

Tapi, itu nabi! Saya bukan nabi. Saya lain, nabi tu lain.

Habis tu nabi tu alien ke? Jin? Nabi tu manusia macam kita jugak. Diciptakan dari segumpal darah macam kita jugak. Bernafas melalui hidung macam kita jugak. Hidup, makan, tidur macam kita jugak. Mati pun macam kita jugak. Kita telah diajar cara hidup mengikut al – Quran dan as – sunnah. Jika nabi Muhammad senang nak memaafkan seseorang yang telah menganiayanya maka kita patut cuba memaafkan orang yang berbuat salah dengan kita. kita patut contohi peribadi dan mengikuti apa yang telah diajar oleh rasulullah. 

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥