12 October 2011

0
Komen

wordless wednesday #5

sila klik gambar jika ingin lihat jelas.


terima kasih daun keladi

09 October 2011

0
Komen

kerana niat aku tersadai

* maaf, entry ni DK terpaksa menggunakan perkataan AKU. luahan hati yang lara.

bila da melangkah dunia nursing ni, sedikit demi sedikit, banyak perkara yang mencabar telah dilalui. kadang - kadang kaki ini terasa lemah untuk melangkah. namun, ku gagahi jua dengan azam yang kukuh. kadang - kadang aku terasa juga nak berhenti dari nursing ni. tapi, memandangkan aku ni disponsor, tidak mungkin aku harus berpatah balik. kalau tak sapa nak bayar ganti rugi! lagipun, ini jalan yang aku pilih. aku kena redha.

kenapa aku pilih nursing? sebab aku nak tunaikan permintaan mak aku. sebab aku nak gembirakan hati mak aku. sebab pekerjaan terjamin. sebab, aku nak kurangkan beban mak aku bagi menyara kehidupan adik aku. semuanya sebab mak aku. 

tapi perlu ke aku persalahkan mak aku 100%? tak perlu! kerana, aku berhak menolak permintaan mak aku sekiranya aku tak sudi. tapi, aku tak tolak. memang salah aku. aku tak gunakan hak aku sebagai anak dengan baik. aku akui.

dan, sekarang aku terfikir, kenapa banyak cabaran yang aku terima selama ni? result exam kurang memuaskan. ramai lecture kecewa dengan bacth aku. sampaikan mereka bersumpah tak nak tegur kami disebabkan result kami yang teruk. cabaran yang ditimpa oLeh aku, mungkin disebabkan niat aku yang tidak betul untuk datang ke sini.

niat. semua niat mesti didahulukan kerana Allah. buat perkara yang baik kerana Allah. belajar kerana Allah. semasa exam kita kena harapkan pertolongan dari Allah. tapi, apa yang aku buat selama ini semuanya sebab mak aku. memang niat kat situ da salahkan.

amal. bila kita da belajar sesuatu perkara, kita haruslah amalkan. tapi, aku lepas habih belajar dalam kelas, aku lupakan semua yang aku belajar. dah hilang belaka. bila nak recall balik memang tak ingat la kan. kalau ingat pun sikit - sikit jep.

istiqamah. bila kita da betulkan niat kita, amalkan perkara yang kita belajar dan seterusnya ita kena la istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. lakukan secara berterusan.

NIAT, AMAL, ISTIQAMAH. BARULAH HIDUP BERKAT. 

terima kasih daun keladi

02 October 2011

0
Komen

syarat PENTING jadi nurse



sori kawan - kawan. sekarang ni DK dalam minggu praktikal. so, lama la DK tak update. tapi, jangan nak perasan sangat la DK. ad orang rindu DK ke? hehehehe *malu.

so, entry DK untuk kali ni, DK nak cakap la kan syarat yang terpenting bila da jadi nurse ni. paling penting!
JANGAN JATUH CINTA DENGAN PATIENT!
pekehei pulop ngan DK ni? DK da jatuh cinta ngan patient ke? da angau ngan patient ke? no, no, no!

bukan pe. bahaya la jugak an bila kita jatuh cinta dengan patient kita sendiri. bimbang la jadi pape yang tak patutkan. almaklumla. kita bukan kenal patient kita sangat. lagipun, patient kita belum tentu akan jatuh cinta dengan kita sebab masa tu, dyorg tengah sakit. pastu, time tu pulak kita yang jaga dia. jadi, dyorang akan merasakan kita yang memberi perhatian lebih kat dyorang. so, dyorang rasa macam disayangi. padahal, masa tu kita layan dia macam pesakit yang lain ugop an.

satu lagi. kita pun belum tentu jatuh cinta dengan patient. mungkin masa tu kita hanya bersimpati dengan dia. bukan cinta. kadang - kadang manusia susah nak beza mana suka, mana cinta dan mana simpati. jadi, berhati - hati la. takut menyesal di kemudian hari.
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥