28 June 2013

0
Komen

ciri- ciri mesej yang mintak disiku!



assalamualaikum, guyz.

  tweet, tweet, smsss! cek, mesej jap. tekan button fon. baca mesej. lama tenung fon tu. bulat mata- mata. sekejap dekatkan fon ke mata. sekejap jauhkan pulak. lama berfikir. susah betul nak hadam mesej orang ni ke otak. ke neuron dalam otak ni dah tak berfungsi? tapi, rasanya masih okay. atau kita baru belajar mengeja? oh,, mana mungkin begitu. selama ni kita lah sasterawan negara yang selalu mengarang ribuan patah perkataan bagi menghasilkan puisi cinta. malah, bakal menggantikan a. samad said barangkali. selama ini juga kita lah juara spell it right bakal mengalahkan mat salleh di seluruh dunia. mana mungkin kita baru belajar mengeja, bukan?

  pernahkah kawan- kawan semua rasa menyampah bila membaca mesej atau text dari seseorang? rasa macam nak lempang orang itu tapi tak kesampaian. bukan kerana perangai mereka. tapi, dek mesej mereka yang sukar dibaca dan diterjemah. seolah- olah kita telah menerima mesej dari alien yang tidak sahih lagi akan kewujudannya. mari kita lihat satu- persatu ciri- ciri alien ini.

1) MESEJ TIDAK MEMPUNYAI TANDA.
  awak ada kat mana tu da makan belum saya tunggu awak dekat kfc ni awak datang la eh
bila tengok mesej macam ni pelbagai virus tanda tanya yang menyerang otak. adakah si mesej ni pemalas tahap gaban untuk meletakkan tanda noktah, koma, seruan atau tanda tanya? adakah ini stail orang zaman sekarang? atau mungkin cikgu sekolah telah mengirimkan kerja rumah kepada adik kita yang darjah satu. fill in the blank, kononnye. oh, pleassseeee. mereka yang tulis mesej macam ni seolah- olah tidak mempunyai perasaan atau dipanggil flattening of effect. hidup mereka seolah- olah mendatar jep. tak de turun dan naiknya. haihhh.. lemah DK dibuatnya.

2) MESEJ LIDAH BERBELIT
awux adur cut manur too? da mkn kew bewlurm? sayer tggu awux cut key ef ci taww. awux datunx lur eah..
ohh nom nom!! setahu DK la. tak de lagi bahasa macam ni kat dalam dunia. ingat kita main tounge twister ke hape? mesej yang macam ni benar- benar menguji minda dan kegeliatan lidah kita untuk membacanya. entah siapalah yang mula- mula mencipta ayat mesej macam ni. tak de ahli kaji sejarah yang mengkaji pasal ni ke? nak tau jugak asal- usul bahasa ni. bahasa ni lebih teruk dari bahasa zaman babylon dulu gamaknya.

3) MESEJ PALING SINGKAT
u ad ktne? d mkn k blm? i tgu u kt kfc n. u dtg l eh.
yang ni jenis  suka main teka- teki dengan kita. k stand for what? d stand for what? kadang- kadang tu konfius, blm tu hape. belum ke balam ke. ingat kita ni ada masa nak layan teka- teki diorang. banyak benda lagi yang nak dibuat okay daripada layan mesej macam ni. buang karan je la.

4) MESEJ PEMALAS
me: awak ada dekat mana tu? dah makan ke belum? saya tunggu awak dekat kfc ni. awak datang lah ye.
reply: k.
me. awak datang tak?
reply: ye.
untung lah orang yang balas mesej macam ni. duit berkepuk dalam poket. setakat balas satu huruf tu baik tak payah. buat sakit hati orang yang membaca jep. ohhh., orang yang macam ni memang menguji kesabaran dan emosi. orang jenis macam ni pun kurang berperasaan dan pemalas. kita bagi 10 perkataan yang dijawabnya sepatah je. macam jawab soalan ya atau tidak.

5) MESEJ TERLAMPU KREATIF
4w4k 4d4 d3k4t m4n4 2? d4h m4k4n k3 b3lum? s4y4 tun99u 4w4k d3k4t kfc n1. 4w4k d4t4n9 la 3h.
tak tau lah nak cakap macam mana dengan orang yang macam ni. tahap pemikiran dia terlampau inovasi, kreatif dan kritis. mungkin orang macam ni gila seni abstrak ke seni nombor ke. entah lah. atau pun budak terer add math. atau pun budak yang gian sangat nak jawab soalan add math, fizik, kimia dan seangkatan dengannya. kesian orang yang tak suka main dengan nombor. kalau dapat mesej macam ni, mau trauma diorang. kalau DK baca mesej macam ni memang sesak nafas dan berpelun. fuhh..




terima kasih daun keladi

27 June 2013

0
Komen

wajah baru :)

assalamualaikum, guyz. suprise! cantik tak blog DK. Hehe. wajah baru blog DK sempena semester baru dan  last ni.. woittt.. debar pulak nak habis kan sisa- sisa pembelajaran dekat kolej oren ni. mesti rindu kaw- kaw tangkap leleh dekat kolej oren. dulu, punya la kutuk- kutukkan! well, orang cakap, jangan benci melebih, nanti rindu. now, belum habis lagi dah rasa dah kerinduannya. doakan yang terbaik buat DK eh. pape pun kredit to myravea kerana telah menghasilkan blog yang cantik. kepada sesiapa yang berkenan, boleh la buat tempahan dengan dia. harga dia memang berpatutan.
terima kasih daun keladi

19 May 2013

0
Komen

oh, aku lupa

  assalamualaikum guyz :) seperti biasa blog ni la menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan. ehem3. tak tahu la nak mula dari mana. nak cakap pun kena beralaskan. almaklum la, stalker dan haters dalam diam ni ramai. ibarat musuh dalam selimut.
  tapi, first sekali, kredit to my speaker yang masih tegar berbunyi nada kelantunannya masih seperti dulu walaupun telah dihempas sepenuh hati dan perasaan marah yang jitu dan tidak terkawal, yeahh! time aku marah tadi aku tengah duduk. so, aku tak jadi nak baring kat situ sebab aku tahu ramai mata- mata kuyu yang tidak menyokong tindakan aku. jadi, aku dengan nekad yang kuat tidak dapat dihancur lagi, aku bangun lalu menghempas pintu usang bagi melampiaskan kemarahan aku. ternyata tindakan itu tidak mampu untuk memuaskan hati aku. lantas aku pergi ke bilik dan menangis sekuat hati lalu bantal busukku menjadi mangsa, habis segala isi perut terburai. dan kini bantal busukku telah menjadi arwah dan disemadikan di tong sampah. huhuhu.. siapa lah nak buat teman tidur malam ni. bodohkan aku?
  aku hanya manusia biasa yang kadang- kadang kalanya lupa siapa diri aku. lupa dari mana asal- usul aku,. dan lupa aku ni tak layak bersuara lantang bila di hadapan orang tua. lupa bila bercakap dihadapan orang tua kena bersuara lemah- lembut dan penuh kesopanan. lupa yang orang tua tidak mudah menerima pendapat orang muda. lupa, orang tua mudah terasa. dan lupa diri ini kena pandai membodek dulu untuk mendapatkan perhatian dan memudahkan perjalanan penerimaan idea aku. lupa yang tidak semua orang suka akan tindakan aku. lupa yang ramai bakal membenci aku. lupa yang aku bakal diumpat dan disumpah- seranah oleh mereka yang tak tahu. lupa yang mereka akan memanggil nama gelaran yang huduh kat aku. manalah tau. minah senget ke, minah jalan tak betul ke. atau mungkin, si pelat, mungkin juga minah jalan mengengkang. wahhh.. femesnya!
  mereka juga perlu tahu, aku berpegang kepada prinsip, kalau kita hormat orang lain, orang lain akan hormat kita. tak kiralah dia tua bangka ke, tua sedang ke, tua setahun dua ke atau muda berpuluh- puluh tahun dari aku ke, kalau mereka hormat aku, aku akan hormat dia. dan kalau aku hormat mereka dan mereka mesti hormat aku. thats the point.
  aku tak tahu la mungkin cara penyampaian aku salah, cara teguran aku salah atau cara komunikasi aku salah menyebabkan dia tak dapat terima pendapat aku. mungkin kerana aku muda dari dia, dia tak dapat terima apa yang aku tegur. aku memberi peluang kepadanya untuk dia mencuba perbaiki kelemahannya. tapi, dia cepat mengalah dan meminta aku menukarkan dengan orang lain. * mungkin korang tak faham. tapi biarlah, cerita aku. haha. hohoho.. nampak tak egoisnya di situ. aku pun tukar la dan memberikan kepadanya watak yang baru. tapi, dia membuatnya sambil lewa. lau, aku mengeluarkan kata- kata kesat dan dia megatakan aku patut tahu aku ni siapa dan dia tu lebih tua dari aku. dan beredar terus dari situ. dushhh.. aku yang bersalah. AKUUUU.. yeahh!
  seperti biasa manusia ni bila berlaku jep masalah dia akan mendengar cerita dari sebelah pihak saja. dan menyokong orang yang first mereka dengar cerita dan menghentam orang yang tidak didengari cerita tersebut. oh, dunia ini memang tidak adil. why?


terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥