12 August 2011

0
Komen

tension! tension! tension!



haihhh... macam - macam boleh buat kalau kita tensionkan. jadi hari ni DK nk senaraikan 7 perkara yang selalu DK buat kalau DK tension :

1. menangis : kalau terlampau tension tahap kritikal sampai tak tertanggung dek akal, memang DK akan menangis sepuas - puasnya bagai nak rak. lepas tu barulah rasa tension tu hilang sikit.

2. melalak : masa ni tension yang bawah daripada tahap kritikal. tak tahu nak panggil pe da. kalau tension masa ni, capai jep mp3, pastu bukak volume kuat - kuat, menyanyi kuat - kuat. biasanya terjadi kalau DK tension time nak study.

3. luahkan masalah kat bbf : jika kita luahkan masalah kita kat seseorang yang kita percaya, sedikit sebanyak rasa sesak di dada akan dapat dikurangkan. walaupun mereka tidak boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah kita, tetapi, setelah bercerita , kita akan berasa lega selepas itu.

4. movie time : biasanya cerita yang lawak menjadi pilihan time tension2 ni. kalau boleh cerita tu mang betul - betul kena lawak ar. baru boleh ketawa puas - puas. sedikit sebanyak, tension itu akan berkurangan. :)

5. jalan - jalan : kalau dekat rumah DK suka berjalan dekat tepi sungai sambil menghirup pemandangan yang indah. rasa minda dan dada lapang sikit. hehe

6. menkedarah : yang nie time geram kat orang. oppssss. geram n tension tu same ke DK oiii... ala, kira sama la tu. time ni, sume bnde nk makan. kebiasaan berlaku bila DK geram tahap cipan kat seseorang. bila rasa geram tu tak terluah, last2 makanan yang jadi mangsa. tak adil betul an. haha

7. rasa nak buat benda pelik ( cubit orang) : pernah tak rasa geram pastu orang sebelah yang jadi mangsa cubitan kita. haihhh. tak patot betul. tapi, tu la yang biasa DK buat dan biasanya adik yang jadi mangsa. hehehehe

tu la yang biasa DK buat. korang macam mana??




terima kasih daun keladi

03 August 2011

0
Komen

lawak bulan puasa 2


haihhh.. nak suh mak buat kuih bakar masa tu. nak buat kuih bakar kena la ada santannya. kalo tak ada santan tak sedap la. tak rasa lemaknya. kalau nak santan kena la cari nyior. cerita ni memang meninggalkan titik hitam dalam hidup DK. kononnye. wahahaha. tapi,bila di pikirkan semula memang lawak la. DK da lupa da masa tu umur DK berapa. maybe, sekolah menengah kot. jadi, mak DK suruh la DK cari nyior kan. cari punya cari tak jumpa. last - last, DK pun masok la dalam semak an. punyala semangat berkobar - kobar nak makan kuih bakar, sampai sanggop masok dalam semak. tiba - tiba. jeng.. jeng..jeng.. tengah sibok mengalor ke nyior, sampaikan DK tak perasan ada sarang kerengga atas kepala. da dapat da nyior kat tangan ni. punya la exited an. teros la bangun. last - last sarang kerengga tuyh jatuh atas kepala DK. pe lagi. DK kena gulai la dengan kerengga tuyh. act, bukan kerengga ek. tapi, kerengga - kerengga - kerengga - kerengga. bayangkan berapa kali ganda ekor kerengga yang membaham DK. punya la sakit tak terkata. kat atas kepala pulak tu. mang lari tak cukop tanah naik rumah. menjerit - jerit panggil mak. mak pun alas kepala DK dengan peha dia. dia kuis dan cabut kerengga atas kepala DK. mang masa tu DK da nangis selak da. rasa berdenyut - denyut kepala DK. pape pun DK rasa terima kasih sangat - sangat kat mak sebab tolong buangkan kerengga - kerengga keparat tu.. hihihi. sayang mak...
terima kasih daun keladi

02 August 2011

0
Komen

ramdhan : penjimatan or pembaziran

bulan ramadhan ni la bulan yang paling banyak ganjarannya dari bulan - bulan yang lain. kiranya bulan ini merupakan bulan yang special dalam bulan - bulan islam. ramai umat islam yang berlumba - lumba untuk beramal dan melakukan kebaikan dalam bulan ini. tapi, sedarkah anda, dalam bulan ramadhan ini la ramai yang melakukan pembaziran. patut ke macam tu?? beribadat rancak tetapi sayangnya pembaziran banyak dilakukan.
contoh - contoh pembaziran yang sering berlaku.

  • time gi bazar ramadhan.
"wahhhhh... banyaknya kuih..puding gula hangus, kuih akok, tepung pelita.. ehhh.. popia basah pun ada. semua kuih kegemaran aku ada. macam mana ni. tak tahu mana satu nak pilih.. beli semua la...mak cik bagi setiap jenis kuih tuyh rm5 ek..." haihhh.. tengok tu.. ini satu pembaziran kan... beli banyak pun bukannya habeh. kalo semua kuih nak makan mudah je caranya kan. hari ni beli puding gula hangus. esok beli la kuih akok. begitu la hari yang seterusnya. kan dapat merasa semua. ingat, puasa bukan sehari tapi sebulan. 30 kuih yang berlainan kita boley rasa. =)

  • time nak bukak puasa
"mak buat bubur lambuk la....sedapppnye...isyhhh...satu periuk besar ni aku yang punye..jangan ngada - ngada nak ambik ek..." amboiii.. ni kes org yang perot macam tong drum. tapi kalo perot pun besar tong drum, bukannya ley tampung makanan yang banyak dalam satu masa. haihhh.. kador - kador la diri cket ek.. yang tu semuanye nafsu jep.. bak kata orang tua, lapor mata. puasa, bese la. tengok semua mende nampak sedap an..hihihi

  • time pergi shopping barang raya
" banggg...comeynye baju tuyh...haihh..tak tahu nak pilih yang mana bangg..urmmm..apa kata, baju wrana pink tu raya pertama, baju hijau tu raya kedua.. baju oren tuyh raya ketiga..baju yang,,,bla..bla..bla....raya ke 30...cukup ar raya sebulan ya bangg..pastu, kasut, beg tangan nak kene matching ngan baju..baru nampak comey..." udoh - udoh lerrr.. botak la kepala abang awak nanti.. elok - elok rambut beribu atas kepale, habeh semua cabut, gadai semata - mata nak cantik masa raya sebulan. haihhh. perlu ke macam ni?? rasanya beli  baju sepasang untuk hari raya pertama pun da cukup. tak perlu la nak membazir ek..

  •  time sibuk nak hias rumah waktu menjelang raya
"haihhh,,,langsir kena tukar pink, sofa kena tukar pink, rumah pun kena cat warna pink. gobok kat dapur tuyh da tercabut pintu da sebelah. kene tukar la. peti sejuk pun kena tukar gop. warna pink.. tema tahun ni kan warna pink.." ayoyo... ni spesis manusia yang lagi dahsyat. kalau da tema raya nak warna tu, ngan seluruh isi dalam dan luar rumah gop kena warna yang sama. pe kejadahnya macam tu. yang lama kan elok lagi. xpayah la nak tukar - tukar. lain la kalau mende tu da uzur dan memang xboley guna langsung. baru la boley beli..

  • beri duit raya kat anak buah 
"tahun ni anak kak long masih sama macam raya tahun lepas 10 orang. tahun ni, anak abang ngah bertambah 2 orang, jadi semua anak dia 14 orang. anak kak de pulak 9 orang, haihh. belum sampai lagi anak abang cik, kak lang..bla..bla..bla..alamak...ramainya anak buahhhh.. bankrap aku macam ni..waaaaaaaaa" hello. helooooooo.. kalau yang ni bukan pembaziran namanya. yang ni menambahkan pahala kita lagi. tapi, ada jugak tapinye ek...hehehe..kena la ikhlas. kalau tak ikhlas tak menjadi jugak an..=)
pape pun dalam bulan ramadhan ni, yang pentingnya, kita jangan la melakukan pembaziran. tak kira ar dari segi apa pun samada makanan, perbelanjaan dan masa.. tekkkk.. MASA?? haihhh.. aku sendiri pun selalu gop melakukan pembaziran masa ni.. wahahaha.. dan.. ada lagiiiii.. setiap perbuatan yang baik mesti la diiringi dengan keikhlasan.. betol tak kawan - kawan.. sempena bulan ramadhan ni DK nk ucapkan selamat berpuasa dan jangan nak beraya sakan la kalau puasa pun tak cukup ekkk..




    huhh....yang nis spesis pe lak ek...ayoyo

    terima kasih daun keladi

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥