21 November 2011

0
Komen

frust! 5 kali di 'reject' :(

DK sedih dan frust sangat! sampai hati dia buat DK macam ni. apa salah DK ha? kenapa dia nak pertikaikan niat DK yang suci ni. yang dulu pun macam ni. semua sama je. semua tak memahami jiwa DK, hati DK! DK rela berkorban untuk kebahagiaan orang. tapi, dia tak terima DK. dia tolak DK. DK tak dapat nak terima kenyataan ni. DK terluka sangat - sangat. hati DK bagaikan dicarik - carik, dihiris - hiris dengan pisau.

yang pertama dulu, dia tak terima DK sebab DK bawah umur katanya. DK terpaksa rela menerima luahan yang bakal meranap hati DK. DK pasrah dengan pilihan yang diberikan kepada DK. DK rela menanti pada yang sudi.

yang kedua kalinya, DK yakin sangat yang DK akan lepas sebab DK dah cukup umur. setelah DK berjaya menjalani berapa rintangan untuk ditabalkan menjadi calon, tapi akhirnya DK tewas kerana tidak lulus untuk meraih hatinya. Hb DK low masa tu yakni 10.5. DK frust sekali lagi.

kali ketiga DK tewas lagi seterusnya yang keempat kalinya. agaknya DK memang ditakdirkan untuk tewas selamanya. DK period masa tu. memang DK ditolak mentah - mentah oleh si dia. DK sakit hati sangat masa tu lalu pergi membawa diri.

kali kelima, DK membawa harapan yang besar dan sangat tinggi. berharap sangat bahawa impian DK dapat ditunaikan. DK berharap sangat hatinya terbuka buat DK. DK bersiap sedia pada hari semalam untuk meluahkan segala dendam dan rindu kepadanya. tapi, akhirnya DK di reject jugak. Hb DK low yakni 11.1. sangat cantik nombor itu ya!

dari dulu lagi DK bercita - cita untuk menderma darah. tapi, semuanya di reject. pe lah salah DK. Dah lah darah DK ni berharga. O. Sapela tak nak darah O kan. tapi, disebabkan Hb DK selalu rendah impian DK tak tercapai sampailah sekarang. huhuhu

tapi, kepada sesiapa yang cukup syarat : berumur 17 tahun ke atas. tidak mempunyai penyakit bawaan darah seperti HIV, tidak period masa hari menderma, berat badan 45kg keatas dan Hb adalah 12.5 ke atas anda amat - amat digalakkan untuk menderma darah di blood bank di mana - mana hospital yang berdekatan. ingatlah bahawa dengan menderma darah anda boleh menyelamatkan beribu - ribu nyawa (:

terima kasih daun keladi

15 November 2011

0
Komen

budak zaman sekarang perangai pelik!

budak zaman sekarang perangai pelik, orang pandang buruk, dia pandang semua cantik..

xpelik?!

nak tahu tak nape DK buat entry mcm ni??

entahlah, ada patut budak zaman sekarang cari mende macam ni. tak de keje kot!

sila klik untuk calci-yum

tak de keje an nak search mende2 macam ni. macam2 la.
terima kasih daun keladi

10 November 2011

0
Komen

tika dilanda gelisah

pernahkah anda merasa sedih?


marah?


kecewa?


apa yang anda buat?

menangis?

meraung?

menyalahkan takdir?

atau bagaimana?

cara mudah untuk merawat penyakit hati ini ialah....


berwuduk!

apabila air yang bersih lagi sejuk itu menyentuh muka dan anggota badan kita, maklumat penting akan dihantar lalu merangsang kawasan aktif biologi tubuh manusia menyebabkan hati yang marah, sedih, kecewa menjadi tenang, setenang - tenangnya air di kali. :)
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥