19 May 2013

0
Komen

oh, aku lupa

  assalamualaikum guyz :) seperti biasa blog ni la menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan. ehem3. tak tahu la nak mula dari mana. nak cakap pun kena beralaskan. almaklum la, stalker dan haters dalam diam ni ramai. ibarat musuh dalam selimut.
  tapi, first sekali, kredit to my speaker yang masih tegar berbunyi nada kelantunannya masih seperti dulu walaupun telah dihempas sepenuh hati dan perasaan marah yang jitu dan tidak terkawal, yeahh! time aku marah tadi aku tengah duduk. so, aku tak jadi nak baring kat situ sebab aku tahu ramai mata- mata kuyu yang tidak menyokong tindakan aku. jadi, aku dengan nekad yang kuat tidak dapat dihancur lagi, aku bangun lalu menghempas pintu usang bagi melampiaskan kemarahan aku. ternyata tindakan itu tidak mampu untuk memuaskan hati aku. lantas aku pergi ke bilik dan menangis sekuat hati lalu bantal busukku menjadi mangsa, habis segala isi perut terburai. dan kini bantal busukku telah menjadi arwah dan disemadikan di tong sampah. huhuhu.. siapa lah nak buat teman tidur malam ni. bodohkan aku?
  aku hanya manusia biasa yang kadang- kadang kalanya lupa siapa diri aku. lupa dari mana asal- usul aku,. dan lupa aku ni tak layak bersuara lantang bila di hadapan orang tua. lupa bila bercakap dihadapan orang tua kena bersuara lemah- lembut dan penuh kesopanan. lupa yang orang tua tidak mudah menerima pendapat orang muda. lupa, orang tua mudah terasa. dan lupa diri ini kena pandai membodek dulu untuk mendapatkan perhatian dan memudahkan perjalanan penerimaan idea aku. lupa yang tidak semua orang suka akan tindakan aku. lupa yang ramai bakal membenci aku. lupa yang aku bakal diumpat dan disumpah- seranah oleh mereka yang tak tahu. lupa yang mereka akan memanggil nama gelaran yang huduh kat aku. manalah tau. minah senget ke, minah jalan tak betul ke. atau mungkin, si pelat, mungkin juga minah jalan mengengkang. wahhh.. femesnya!
  mereka juga perlu tahu, aku berpegang kepada prinsip, kalau kita hormat orang lain, orang lain akan hormat kita. tak kiralah dia tua bangka ke, tua sedang ke, tua setahun dua ke atau muda berpuluh- puluh tahun dari aku ke, kalau mereka hormat aku, aku akan hormat dia. dan kalau aku hormat mereka dan mereka mesti hormat aku. thats the point.
  aku tak tahu la mungkin cara penyampaian aku salah, cara teguran aku salah atau cara komunikasi aku salah menyebabkan dia tak dapat terima pendapat aku. mungkin kerana aku muda dari dia, dia tak dapat terima apa yang aku tegur. aku memberi peluang kepadanya untuk dia mencuba perbaiki kelemahannya. tapi, dia cepat mengalah dan meminta aku menukarkan dengan orang lain. * mungkin korang tak faham. tapi biarlah, cerita aku. haha. hohoho.. nampak tak egoisnya di situ. aku pun tukar la dan memberikan kepadanya watak yang baru. tapi, dia membuatnya sambil lewa. lau, aku mengeluarkan kata- kata kesat dan dia megatakan aku patut tahu aku ni siapa dan dia tu lebih tua dari aku. dan beredar terus dari situ. dushhh.. aku yang bersalah. AKUUUU.. yeahh!
  seperti biasa manusia ni bila berlaku jep masalah dia akan mendengar cerita dari sebelah pihak saja. dan menyokong orang yang first mereka dengar cerita dan menghentam orang yang tidak didengari cerita tersebut. oh, dunia ini memang tidak adil. why?


terima kasih daun keladi

04 May 2013

0
Komen

sakit

 

sakit. betapa hati ini sakit, hancur, luluh. ibaratnya, kau datang membawa pisau memotong ayam sambil mengasahnya dengan batu pengasah sehingga berkilat kemilauan tajamnya. lalu, dengan rakusnya kau membelah dadaku, kau ambil hatiku, kau lapah ia, dan kau racik ia menjadi seperti daging cincang. tak cukup lagi kau masuk hatiku yang kau cincang itu ke dalam pengisar ice blended. lalu, kau tekan ke darjah kelajuan 3 dan jadi lah daging kisar yang layak di makan oleh datuk dan nenek yang sudah tua dan tidak bergigi. begitulah kejamnya kau!  

aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. kalau aku kumpul air mata aku itu mungkin cukup 7 tempayan untuk dijadikan hantaran meminang buat puteri gunung ledang. aku berharap sangat yang aku boleh membuatkan kau tidak tidur malam memikirkan kesalahan yang kau lakukan terhadap aku. aku berharap sangat yang satu hari nanti, kau terhegeh- hegeh berlutut di kaki aku untuk kembali kepadaku. aku berharap sangat yang kau akan menyesal kerana meninggalkan perempuan seperti aku. sumpah! memang aku berharap sangat suatu hari nanti kau akan menangis di hadapan aku. dan pada masa itu, sesalan yang kau terima itu ternyata sia- sia. walaupun macam mana sayang aku dekat kau pun, aku tetap tidak akan berpaling. kerana aku tahu, aku akan merasa sakit jika bersama kau.

dan kesakitan yang telah kau beri dekat aku ini menyebabkan aku berubah. berubah persepsi cintaku. berubah definisi cintaku. 


terima kasih daun keladi

05 April 2013

0
Komen

jangan hina orang gila.

  assalamualaikum. saja nak update entry ni pagi- pagi bute kan. kononnya nak cerita pengalaman kat wad psykiatrik la kan. duduk kat wad ni banyak mengajar DK erti nilai kemanusiaan. dulu, kalau jumpa orang gila jep mesti takut- takut. pastu, keji diorang, kan.. eeeiiii.. orang gila. lariiiiiiiii!!! kalau dalam famili tu ada yang gila, mesti ada yang tak nak ngaku dia tu family kita. ada pulak bila isteri atau suami yang jadi gila, mesti nak ceraikan or mintak cerai. hilang dah janji sehidup semati yang pernah terucap di bibir, cewah!. yang ada kekasih or bakal tunang or bakal berkahwin jadi gila, mesti dyorang akan cancel pertunangan or perkahwinan awal- awal sebab tak nak tanggung malu.
  korang sebenarnya tak tahu, kadang- kadang itu kita menjadi punca penyebab mereka jadi mental macam tu. kurang kasih- sayang la, sering ditindas oleh ahli keluarga sendiri, tertekan dengan taraf ekonomi, kadang- kadang ibu bapa sendiri yang menyebabkan anak mereka jadi macam tu. terlalu mengongkong atau terlalu berharapkan kejayaan anak- anaknya. dan faktor- faktor ni menyebabkan dyorang jadi stress atau tertekan dan menyebabkan mereka jadi mental.
  jika ada family korang yang kena sakit mental macam ni, nasihat DK, jangan la korang pulaukan dia. bagi lah sokongan atau support kerana mereka memerlukan korang untuk pulih. mereka bukannya mintak nak jadi macam ni pun. ada ke orang kat luar ni berlumba- lumba nak jadi gila? ada? kalau ada tu memang dia sama jugak la. masyarakat pulak jangan pandang mereka ni sebelah mata. jangn sisihkan mereka. jika mereka memerlukan pekerjaan berilah mereka peluang. orang sakit mental ni tak semestinya tak berpelajaran, mereka pun ada yang belajar tinggi jugak, okeyh!
  kalau korang ada masalah emosi tu tu, jumpa la doktor awal- awal. jangan pendam jep. nak jumpa doktor ni tak semestinya kena sakit dari segi fizikal dulu, baru nak jumpa. kalau korang ada tanda- tanda tak dapat tidur malam, dengar- dengar suara berbisik, terlampau resah- gelisah sampaikan makan pun tak selera, kebersihan tak terjaga jumpa lah dengan doktor. rawatlah awal- awal takut nanti melarat dengan lebih teruk.
  cara nak hilangkan stress, relaks la diri korang dengan senaman pernafasan dalam. tarik nafas ikut hidung secara dalam dan hembus ikut mulut beberapa kali. insyaAllah stress yang dihadapi akan berkurangan. nak lagi tips sila tekan SINI.
  p/s: orang gila ni lagi baik dari manusia biasa. dalam keadaan tidak waras, mereka mampu berfikir tentang Allah. kadang- kadang orang yang normal ni pun lupa akan Allah.
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥