14 September 2011

1
Komen

nurse....kerja senang??

sebut je pasal nurse mesti semua fikir pasal orang yang memakai baju berwarna putih, merawat orang, memberi ubat dan yang paling best : ingat nurse, ingat jarum suntik tu...

mungkin ada di antara anda pernah bercita - cita menjadi seorang nurse satu tika dulu atau dengan erti kata lain masa zaman kecik - kecik dulu. DK pernah bertanya seorang budak kecik ni, dia memang bercita - cita nak jadi nurse, bila DK tanya nape nak jadi nurse dan jawapan yang tak diduga : jadi nurse senang, cucuk orang je. hahaha. saat itu DK hanya mampu tersengih. xpela, budak. mana tahu erti hidup lagi.

kepada yang berminat untuk menjadi seorang nurse, DK nak tekankan bahawa seseorang itu perlu meneguhkan lagi minat tu. kerja nurse ni nampak je senang. ke hulu ke hilir bagi ubat, pastu, bila siap bagi ubat nampak nurse duk kat kaunter jep. padahal, tugas nurse x berakhir dekat situ jep. mereka semua bukan duduk saja jep kat kaunter. mereka kene buat report, manage time untuk bagi perawatan kat patient dan macam - macam lagi la. patient pulak bukan satu nurse, satu patient tapi satu nurse, 10 patient yang kene dijaganya. memang meletihkan.
macam ni la kalo jadi nurse yang tak tahan fizikal dan mental.

tugas nurse bukan lah senang seperti yang dijangka. dan ingatlah, tugas nurse melibatkan nyawa manusia. bukan nyawa haiwan, bukan nyawa tumbuhan. sedangkan nyawa haiwan dan tumbuhan pun perlu kita jaga, inikan pula manusia. setiap saat itu amat penting bagi nurse. kalau nurse terleka, habehla nyawa melayang. perkara yang perlu diambil kira ialah ubat. ubat memang penting dan wajib tahu sbb ubat ni kadang - kadang cara pemberian lain, ada pula kontraindikasi ( pantang - larang), ada pulak kesan sampingannya. jika kita tersalah bagi ubat, kita akan tunggu masa untuk dipenjarakan sekiranya ubat tersebut memberikan kesan yang buruk kepada patient.

nurse pula tidak boleh berhenti belajar takat tu jep..maksud DK, kalau diploma, diploma je la. mereka perlu menambah pengetahuan mereka berkaitan dengan perawatan patient dari masa ke masa. kalau x, jadilah kita seorang nurse yang ketinggalan keretapi laju. orang lain da sampai ke wakaf baru, kita baru nak bertolak dari soromban nuh.. nurse yang macam ni, doktor dan orang lain akan pandang rendah jep. kalau boleh, pengtahuan seorang nurse ni perlu berada sama tahap dengan doktor, barulah orrang akan tabik sprrringggg!!!

nak jadi nurse, xboleh la jalan terkedek2 macam itik pulang petang. kalau ada emergency jalan macam tuyh, habeh kiok patient. nurse mestilah bertindak pantas dan cekap melakukan kerja. kerja pula mestilah berlandaskan apa yang dipelajari selama ni. kalau tak paham, kene tanya yg senior. kalo buat bodo sombong, susahla kita nak dpt kerjasama. buat la kerja terkontang - kanting sorang. *sedih pulok bunyinye..
jadi nurse panik macam ni pun xley gop. xjadi keje gtuyh..huahuahua

akhir kata, *cewahhh.. ayat karangan darjah 6 doh tubik doh..hihihi. kepada adik - adik kat luar sana, yang berazam jadi nurse, kuatkanlah semangat anda, kerana bimbang jadi shock ditengah jalan *maksud, DK terkandas semasa belajar. betulkan niat di hati, jadi lah nurse kerana yang baik. semoga adiq2 berjaya :)
terima kasih daun keladi

1 comment:

ouh no!! yana!! said...

masa praktikal kat hospital, berbual jugak dgn sorang patient ni, umur dlm tingkatan 3. dia cakap nak jadi nurse kalau result teruk. ya Allah, sentapnya dengar kata2 dia. ingat jd student nurse dgn nurse ni senang ke? :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥