15 October 2011

0
Komen

perang pemikiran : senjata orang yahudi!


" orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah " sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)" dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." surah Al - Baqarah :120.
lihatlah ayat di atas. ia menggambarkan betapa yahudi dan nasrani tidak pernah menyenangi kaum kita : Islam selagi kita tidak tunduk kepada mereka. mereka telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan umat Islam. di antaranya ialah peperangan senjata. tetapi, cara tersebut tidak pernah menggentarkan umat islam. malah, pegangan akidah dalam diri umat Islam semakin utuh.

Rasulullah dahulunya, pernah mengadakan perjanjian kedamaian Islam - Yahudi bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku. antara isi yang terkandung, orang yahudi tidak boleh membunuh orang islam, dan orang islam tidak akan membunuh orang yahudi. akan tetapi, yahudi tidak pernah mengendahkan perjanjian tersebut. mereka tetap melakukan kekacauan terhadap orang islam.

pernah, ada kejadian dimana seorang wanita Islam pergi ke pasar dan membawa barang yang banyak. beliau berehat seketika di bawah sepohon pokok dan berhampiran dengan kilang besi. tiba - tiba,  datang sekumpulan yahudi mengerumuninya dan memaksa beliau membuka hijab ( tudung) yang dipakainya. tetapi, beliau menolak dengan sekerasnya. siapa la nak bukak kan. kalau DK orang paksa macam tu pun, tak nak bukak. lalu, datanglah tukang besi yakni kaum yahudi juga. dia, telah mengikat hujung tudung dan dan hujung kain yang dipakai oleh wanita Islam itu. jadi, korang tau apa yang jadi bila wanita Islam itu bangun?

keaiban wanita itu terserlah. kalau korang kena macam tu, apa perasaan korang? mesti malu kan. sanggup ke korang biarkan private korang terdedah? tak sanggupkan.

wanita Islam itu menjerit - jerit meminta pertolongan. akhirnya, datang seorang hamba Allah, lelaki beragama Islam membantu wanita tersebut. tetapi, mampukah lelaki itu mengalahkan sekumpulan lelaki yahudi itu? tidak mampu. lelaki itu kembali menghadap Illahi. peristiwa itu menyebabkan perjanjian damai Islam - Yahudi tersebut terbatal.

lihatlah betapa kaum Yahudi tidak pernah menepati janji! dan mereka mencari jalan bagi melemahkan umat Islam. akhirnya, mereka telah temui satu faktor yang menyebabkan orang Islam berpegang teguh pada agama mereka : iman. jika iman kita kuat, pegangan agama itu kukuh. jika iman kita rendah, maka pegangan agama kita goyah. bagi menggoyahkan pegangan agama orang Islam, mereka telah melancarkan peperangan cara halus iaitu Ghwazul Fikr ataupun dengan erti kata lain perang pemikiran.

senjata bagi perang pemikiran tersebut :
5S : SEKS, SMOKE, STUDY, SONG, SPORT.
5F : FOOD, FESYEN, FUN, FEMALE, FEST.
inilah senjata yang paling bahaya dan paling halus yang berjaya menghasut minda anak - anak muda kita sekarang ini. lihatlah, berapa ramai di antara kita sanggup melihat konsert music yang tidak berfaedah meskipun dalam hujan berbanding mendengar ceramah agama di surau? berapa ramai di antara kita yang sanggup melihat bola di stadium berbanding dengan solat berjemaah di masjid? anak - anak muda sekarang ini, tidak dapat membezakan mana yang haram mana yang halal. berpimpin tangan, melakukan seks bebas dan sebagainya. renungilah dan muhasabah diri seketika.

contohilah sahabat rasulullah.
seorang pemuda telah ditugaskan menghantar surat ke satu kawasan. dalam perjalanan pulang, beliau telah terlihat seorang wanita mandi tanpa seurat benang. pemuda tersebut merasa amat bersalah dan berdosa lalu melarikan diri ke sebuah bukit. di sana, beliau menangis - nangis meminta keampunan dari Allah dan melakukan ibadat sepanjang siang dan malam tanpa henti. tidak makan dan minum selama 40 hari. rasulullah merasa hairan kerana beliau tidak pulang dan menyuruh seorang rakan lagi pergi menjemputnya. apabila berjumpa, sahabat itu mengajak beliau pulang. tetapi, beliau tak nak kerana merasa malu dan berdosa. tiba - tiba pemuda tersebut pengsan dan dibawa pulang kerana tidak makan dan minum. akhirnya, pemuda itu meninggal dunia. semasa beliau meninggal dunia, rasulullah pergi melihatnya, sahabat - sahabat rasulullah telah memberikan laluan kepada baginda mendekati mayat pemuda tersebut. tetapi, rasulullah tetap kelihatan seolah - olah berhimpit - himpit. para sahabat merasa hairan lalu bertanya kepada baginda. baginda menjawab " aku berhimpit - himpit kerana banyak malaikat mengerumuni jenazah tersebut."

lihatlah, betapa pemuda tersebut merasa berdosa walhal dia hanya TERPANDANG perempuan tanpa seurat benang. tetapi, budak zaman sekarang ni, tanpa segan silu, melihat video lucah tiada rasa sekelumit dosa! masya - Allah!

sebenarnya, perang pemikiran telah lama dirancang iaitu ketika perang salib dahulu, tetapi kesan tersebut baru dapat dilihat  sekarang ni. marilah kita sama - sama berdoa semoga kita dijauhkan dari sifat alpa dan leka. TINGKATKAN IMAN, KURANGKAN MAZMUMAH (:



terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥