15 September 2012

0
Komen

lamaran diterima!

apa khabo semua?? lama dah DK tak update kan... hehehehe... sori, sibuk sangat.. almaklum lah banyak komitmen..hahaha.. masih ingatkah anda akan entry neyh?? frust! 5 kali di 'reject' :( mesti ingat kan... kini, lamaran DK telah diterima. alhamdulillah.. rasa seronok tak terkata sangat. pe?? nak bukti?? korang nak bukti sngat ek.. hambek ko!


oh, apekah ini?? pasport ke?? sijil nikah ke?? hahaha.. kalo xnampok xtau la nak cakap pe kan... neyh la pasport derma darah DK.. baru jep dapat td. hua3. seronok nampak DK. yeke yang DK punye. ntah -ntah orang laen yang punye. pelah korang neyh. nampak sangat busuk hati. nak bukti lagi. nah, sila bulatkan mata anda.


dah, cukup lah. dah banyak dah bukti yang DK bagi.. ape yang menjadi saksi?? 15/ 9 dan pantai irama, bachok, kelantan yang menjadi saksi bahawa lamaran DK untuk menderma darah telah diterima.. hihihihi
kat pantai pun boleh derma darah ke?? haha. sebenarnya, DK dah sertai karnival jelajah sihat yang diadakan disana. karnival ini diadakan sempena menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia bagi membuka mata para ibu betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada anak - anak. jadi, kat situ adalah booth derma darah. sambil menyelam minum airkan. hihi

mula - mula masa cek hb tuyh berdebar - debar sangat. takut jep hb low. tapi, memang low pon. 12 jep. rasa frust pon ada. tapi, disebabkan abg makmal yang baik hati tu, dia try cek lagi skali. 12.5.. paras - paras hidung gitu. alhamdulillah, seronok sangat sebab lepas kan.. pastu pergi cek tekanan darah, 109/88.. memang okeyh la kan. hehehe.. pe lagi. lulus la..


baring, cucuk ubat bius, cucuk branula and sedut,,, hehehe.. sakit sikit jep.. mcm gigit semut.. dapat la derma  satu beg darah :)

dapat saguhati :)

dalam beg neyh dapat la nasi sebungkus, biskut tiger, dan tuala.. air kotak telah dirembat oleh kawan sebab xminum soya..

bila habeh derma darah tuyh, terus bangun, tapi tak rasa pening pon. bila berdiri dan berjalan jep, tetibe rasa letih dan sesak nafas. kawan suruh rehat dan minum air dulu. rasa kurang sikit sesak nafas tu. namun, bukanlah DK inginkan saguhati mahupun pujian dari korang semua. DK sekadar ingin berkongsi kegembiraan kerana DK dapat menderma darah pertama kalinya setelah lima kali direject. almaklum la.. susah nak dapat peluang neyh sebab DK anemia. papepon, bersyukur sangat ke hadrat Illahi sebab DIAlah yang memberi kesempatan dan peluang untuk DK derma darah. korang bila lagi?? bantulah mereka yang memerlukan. bukan duit mahupun harta. cukup sekadar darah yang mengalir di dalam badan kita ini dapat membantu mereka..
                                                

terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥