sebagai contoh, ada ibubapa datang klinik dengan membawa anaknya yang mengalami low grade fever, kebanyakan anggota kesihatan akan berkata: ala, demam sikit jep. tu pon nak pergi klinik. manjakan anak sangat. Lihat! dimanakah sikap keprihatinan kita sebagai anggota kesihatan. takkan la nak tunggu sampai demam teruk sampai delirium (meracau- racau) baru nak heret anak pergi jumpa doktor. itu ke yang korang semua mahu?
salah ke sikap ibubapa yang bimbang akan anaknya yang hanya demam ringan? bukan kerana ibubapa terlalu memanjakan anak. tapi kerana naluri ibubapa yang semulajadinya akan risau akan keadaan anaknya yang sakit walaupun hanya terhiris pisau sedikit.
sebagai anggota kesihatan, janganlah anda semua memandang remeh terhadap kerisauan ibubapa tersebut. tapi, berilah sokongan emosi. bukan menghukum mereka dengan mencerca dan memerli mereka. mereka sememangnya layak risau akan keadaan anaknya.
kalau macam nilah sikap anggota kesihatan, memang layak la kita menjaga berpuluh- puluh pesakit kat dalam ward. sebab nak pergi hospital atau klinik kena sakit teruk dulu. wassalam.
No comments:
Post a Comment