dalam kelas tadi, dia ada bagi tips dekat DK dan kawan- kawan DK berkaitan dengan pengurusan kewangan semasa waktu kami rehat. almaklumlah anak- anak kesayangan dia ni nak habis belajar dah. so, nak tahu apa tips dia? meh, ikut.
beli keretasebenarnya DK tak faham sangat penerangan dia pasal kereta ni. almaklum lah, DK bukan tahu sangat pasal kereta ni. dia ada sebut pasal grade A la, grade B la. kalau ada sesiapa yang tahu pasal ni, boleh lah tolong kongsi ea. yang pastinya, DK faham dia cakap kalau nak beli kereta, beli lah yang 1.5 cc ke atas. jimat minyak kata.
pasaran emasdia kata emas ni penting. bukan setakat perhiasan saja. tapi, untuk kegunaan bila dalam keadaan terdesak. contohnya, kita nak pinjam duit dari seorang kawan kita. bukan 200 tapi 2000. agak- agak kawan kita sanggup ke tak nak bagi pinjam? mesti tak kan. kalau kita ada emas, at least, kita boleh buat cagaran kat kawan kita tu. bagi yang tidak berkenan memakai emas, boeh la beli jongkong emas.
simpanansimpanan dalam bank pun kena ada. paling kurang 1000 dan lagi bagus 3000 ke atas. yela, untuk kegunaan dalam keadaan terdesak. hidup kita ni takde lah selalunya indahkan. mana tau, kereta rosak ke, anak sakit ke? mana nak cekau duit kalau bukan simpanan kita kan.
ASByang ni dari dulu lagi dia tekankan. melaburlah duit kita dalam ASB. ada keuntungannya kalau kita melabur. walaupun tak banyak, tapi at least ada perubahan dalam akaun kita kan.
DAN YANG NI PALING PENTING BAGI PEREMPUAN!
jangan bagi suami pegang kad ATM kita!aik, ada juga DK ea? mama DK cakap ni berdasarkan pengalaman. ramai perempuan percaya sangat dekat suami kita sampai kad ATM sendiri pun suami yang pegang. sebagai seorang perempuan, kita kenalah tahu hak kita. suami ni pulak bukannya baik belaka. ada tu kikis harta isteri pulak, kesian, bagi isteri yang bekerja mencari rezeki. tengok- tengok, duit dalam ATM lesap entah ke mana. ustaz azhar idrus pun pernah cakap, " duit isteri ialah duit isteri, duit suami pun duit isteri jugak". perempuan jangan biarkan hak kita diambil, sebab suami tidak berhak langsung ke atas duit kita. lain la kalau kita ikhlas nak bagi tampung perbelanjaan keluarga sikit- sikit. okay la..
No comments:
Post a Comment