01 November 2011

0
Komen

perang pemikiran : merdekakah kita?

hai, semua! kali ni DK nak buat sambungan dari kisah ini PULA.. sebelum tu DK nak tanya korang. Korang tahu tak kita tengah di jajah?

hah! dijajah? DK ni mengarut la. mana ada kita dijajah. kita merdeka sekarang ni. 31 OGOS 1957. tarikh keramat tu! takkan DK tak tahu kowt.

tu DK tahu la! masalahnya, korang tak sedar sekarang ni korang dijajah! bukan dijajah dari segi fizikal. tapi, dijajah dari segi mental. dijajah dengan cara halus. korang tak nampak pun. yang korang pikir sekarang ni seronok je. betul tak?

kalo dah seronok tu maksudnya merdeka la DK. DK yang tak paham dan tak pandai nak menilai erti kebebasan. apalah DK ni.

okeyh! sekarang ni DK nak tanya korang. korang rasa merdeka sangat la ada boyfriend or gilrfriend? pegang - pegang tangan. gi date dan jalan - jalan dua2.

la, nama pun BF and GF. suka hati la ktorang nak buat pe. DK jeles la sebab DK tak de BF an.

ala. DK tak de masa nak jeles ngan semua tu. korang rasa merdeka la bila da kapel buat perkara yang tak senonoh. mula - mula pegang tangan, pastu cuba yang ringan - ringan, pastu, mula merayap sampai terlanjur. merdeka?

rilek la DK. tu pun nak kecoh - kecoh la. bukan orang tahu pun kita buat pe. kita buat sorok - sorok.

pastu, bila dah TERmengandung baru nak sedar. gugur anak secara haram. buang anak yang tak berdosa, dibiar kesejukan, mati. korang tak rasa ke korang membunuh! korang rasa MERDEKA la sekarang ni?

fikirkanlah. minda kita dijajah sekarang ni. siapa yang memulakan pejajahan minda ni?
" orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah " sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)" dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." surah Al - Baqarah :120.
yahudi dan nasrani!

apaka senjata diorang?
5S : SEKS, SMOKE, STUDY, SONG, SPORT.
5F : FOOD, FESYEN, FUN, FEMALE, FEST. 
nampak tak permainan dyorang?

SEKS : lihat, berapa ramai anak muda sekarang ni yang telah terjebak dalam kancah seks bebas pada hari ini.kanak - kanak di sekolah rendah sudah pu dah pandai melakukan perkara yang terkutuk macam ni. masyaAllah! semua ini kebanyakkannya berpunca daripada agenda dari pihak yahudi dan nasrani. Rasulullah bersabda :
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."-Hadis riwayat Imam Ahmad 
kalo kita teliti hadis kat atas ni, tugas kita sebagai saudara sesama Islam wajib mengingatkan mereka yang melakukan maksiat serta membenci maksiat yang mereka lakukan. kadang - kadang kita pun kena lah jaga tepi kain orang lain. tak salah untuk kebaikan kan!

SMOKE : yang ni pun satu hal. huh, susah sangat nak sedarkan perokok yang bukan saja membunuh diri mereka sendiri, malah membunuh orang yang ada kan sekelilingnya. degil! DK pun dah naik muak tengok perangai perokok tegar ni. konon, dengan merokok tu korang rasa macho sangat la! eh, tolong3. busuk tahu tak! cadangan DK, sapa yang nak merokok tu pakai beg plastik dekat muka, sedutla sorang2. biar lemas pun tak pa. rokok HARAM dalam ISLAM. sebab korang yang sendiri cari penyakit. korang rosakkan apa yang Allah berikan kat korang. korang tak hargai apa yang anugerah yang Allah bagi!

STUDY: DK nak tanya korang. kalo, korang tengah study, tiba - tiba dengar azan. apa yang korang lebih utama kan? study or solat? mesti studykan. cara yang sepatutnya dan sebetulnya ialah dahulukan solat, barulah perkara duniawi :) moga hidup bertambah berkat.

SONG: lagu pun merupakan salah satu senjata dyorang. pelurunya penyanyi - penyanyi yang kononnya bersuara merdu laksana katak panggil hujan. kuang3. lagu pulak banyak genre. ada balada la, jiwang la, 'batu' pown ada. ada pulak yang terlebih memuja - muja penyanyi. nak tanya sikit. sape yang layak DIPUJA? penyanyi ke? penyanyi tu ke yang hidupkan korang? pikir la! tak cukup pulak dengan penyanyi yang berlambak sekarang ni, gi tambah lagi dengan penyanyi dari program realiti. sesungguhnya DK rasa nak muntah darah bila tengok perserta tak kira la dari AF ke mentor ke, mana - mana jela, menangis - nangis sampai berpeluk - peluk sebab tersingkir. penting ke semua tu?

SPORT: asal bab sukan jep, mesti ingat bola. al maklum la, bola sukan no. satu dunia. sampai ada orang sanggup lupa solat semata - mata nak tengok bola. bila da kalah, tak puas ati, main baling2 botol susu pulak. mang tak ada faedah langsung la! perangai semua tak matured! lebih teruk dari budak kecik. pastu mula darah sana, darah sini. kalo korang dop umah, sembahyang, tak da la kena terok sampai macam tu kan.

FOOD: arak. ramai dah anak muda sekarang yang berani teguk air setan tu. dekat tempat awam pulak tu. memang tak malu langsung budak sekarang buat dosa tanpa selindung. dyorang macam da rasa bangga hidup bergelumang dengan najis arak tu. Rasulullah bersabda:
" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)
 dari Abu Malik Al - ays' ari katanya, rasulullah pernah  bersabda:
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)
FESYEN: fesyen pun da ada macam2 sekarang ni. tudung pun da entah pape. ada yang lilit macam sipu vavi pun ada. tutup kepala, tapi kain pulak terbelah. nampak cacat di situ. tapi, ada pulak yang cakap kalo tak ikut fesyen sekarang nampak kolot dan mundur. tapi Allah berfirman:
 “Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki kandung mereka, atau anak-anak lelaki tiri mereka, atau saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelakiyang tidaklagimemiliki hasrat seksual, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah An-Nur ayat 31)
kolotkah kita jika kita menurut perintah Allah??

FEMALE: ada lelaki yang menganggap perempuan seperti boneka dan barang permainan. banyak perempuan zaman kini berada di kelab - kelab malam bagi menghibur para lelaki. semuanya sebab duit. kalau nak duit sekalipun, carilah yang halal. bukan begini caranya. banyak lagi kerja yang halal dalm dunia ni bukan?

lihatlah sekarang ni, bertapa kita lalai dan leka dengan duniawi yang dicipta oleh pihak yahudi dan nasrani. kita sekarang seolah - olah dijari - jari mereka yang mereka gentel, adun, dan gaul kita sampai lumat. sampai kita tak sedar yang kita ni telah jadi bahan permainan diorang.MERDEKAKAH KITA?







terima kasih daun keladi

15 October 2011

0
Komen

perang pemikiran : senjata orang yahudi!


" orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah " sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)" dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." surah Al - Baqarah :120.
lihatlah ayat di atas. ia menggambarkan betapa yahudi dan nasrani tidak pernah menyenangi kaum kita : Islam selagi kita tidak tunduk kepada mereka. mereka telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan umat Islam. di antaranya ialah peperangan senjata. tetapi, cara tersebut tidak pernah menggentarkan umat islam. malah, pegangan akidah dalam diri umat Islam semakin utuh.

Rasulullah dahulunya, pernah mengadakan perjanjian kedamaian Islam - Yahudi bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku. antara isi yang terkandung, orang yahudi tidak boleh membunuh orang islam, dan orang islam tidak akan membunuh orang yahudi. akan tetapi, yahudi tidak pernah mengendahkan perjanjian tersebut. mereka tetap melakukan kekacauan terhadap orang islam.

pernah, ada kejadian dimana seorang wanita Islam pergi ke pasar dan membawa barang yang banyak. beliau berehat seketika di bawah sepohon pokok dan berhampiran dengan kilang besi. tiba - tiba,  datang sekumpulan yahudi mengerumuninya dan memaksa beliau membuka hijab ( tudung) yang dipakainya. tetapi, beliau menolak dengan sekerasnya. siapa la nak bukak kan. kalau DK orang paksa macam tu pun, tak nak bukak. lalu, datanglah tukang besi yakni kaum yahudi juga. dia, telah mengikat hujung tudung dan dan hujung kain yang dipakai oleh wanita Islam itu. jadi, korang tau apa yang jadi bila wanita Islam itu bangun?

keaiban wanita itu terserlah. kalau korang kena macam tu, apa perasaan korang? mesti malu kan. sanggup ke korang biarkan private korang terdedah? tak sanggupkan.

wanita Islam itu menjerit - jerit meminta pertolongan. akhirnya, datang seorang hamba Allah, lelaki beragama Islam membantu wanita tersebut. tetapi, mampukah lelaki itu mengalahkan sekumpulan lelaki yahudi itu? tidak mampu. lelaki itu kembali menghadap Illahi. peristiwa itu menyebabkan perjanjian damai Islam - Yahudi tersebut terbatal.

lihatlah betapa kaum Yahudi tidak pernah menepati janji! dan mereka mencari jalan bagi melemahkan umat Islam. akhirnya, mereka telah temui satu faktor yang menyebabkan orang Islam berpegang teguh pada agama mereka : iman. jika iman kita kuat, pegangan agama itu kukuh. jika iman kita rendah, maka pegangan agama kita goyah. bagi menggoyahkan pegangan agama orang Islam, mereka telah melancarkan peperangan cara halus iaitu Ghwazul Fikr ataupun dengan erti kata lain perang pemikiran.

senjata bagi perang pemikiran tersebut :
5S : SEKS, SMOKE, STUDY, SONG, SPORT.
5F : FOOD, FESYEN, FUN, FEMALE, FEST.
inilah senjata yang paling bahaya dan paling halus yang berjaya menghasut minda anak - anak muda kita sekarang ini. lihatlah, berapa ramai di antara kita sanggup melihat konsert music yang tidak berfaedah meskipun dalam hujan berbanding mendengar ceramah agama di surau? berapa ramai di antara kita yang sanggup melihat bola di stadium berbanding dengan solat berjemaah di masjid? anak - anak muda sekarang ini, tidak dapat membezakan mana yang haram mana yang halal. berpimpin tangan, melakukan seks bebas dan sebagainya. renungilah dan muhasabah diri seketika.

contohilah sahabat rasulullah.
seorang pemuda telah ditugaskan menghantar surat ke satu kawasan. dalam perjalanan pulang, beliau telah terlihat seorang wanita mandi tanpa seurat benang. pemuda tersebut merasa amat bersalah dan berdosa lalu melarikan diri ke sebuah bukit. di sana, beliau menangis - nangis meminta keampunan dari Allah dan melakukan ibadat sepanjang siang dan malam tanpa henti. tidak makan dan minum selama 40 hari. rasulullah merasa hairan kerana beliau tidak pulang dan menyuruh seorang rakan lagi pergi menjemputnya. apabila berjumpa, sahabat itu mengajak beliau pulang. tetapi, beliau tak nak kerana merasa malu dan berdosa. tiba - tiba pemuda tersebut pengsan dan dibawa pulang kerana tidak makan dan minum. akhirnya, pemuda itu meninggal dunia. semasa beliau meninggal dunia, rasulullah pergi melihatnya, sahabat - sahabat rasulullah telah memberikan laluan kepada baginda mendekati mayat pemuda tersebut. tetapi, rasulullah tetap kelihatan seolah - olah berhimpit - himpit. para sahabat merasa hairan lalu bertanya kepada baginda. baginda menjawab " aku berhimpit - himpit kerana banyak malaikat mengerumuni jenazah tersebut."

lihatlah, betapa pemuda tersebut merasa berdosa walhal dia hanya TERPANDANG perempuan tanpa seurat benang. tetapi, budak zaman sekarang ni, tanpa segan silu, melihat video lucah tiada rasa sekelumit dosa! masya - Allah!

sebenarnya, perang pemikiran telah lama dirancang iaitu ketika perang salib dahulu, tetapi kesan tersebut baru dapat dilihat  sekarang ni. marilah kita sama - sama berdoa semoga kita dijauhkan dari sifat alpa dan leka. TINGKATKAN IMAN, KURANGKAN MAZMUMAH (:



terima kasih daun keladi

12 October 2011

0
Komen

kesian peragut!

gambar hiasan.


masa DK keje shift petang semalam, kawan DK cite dekat DK kat dalam ward ada seorang peragut yg teruk kena belasah dengan orang ramai. korang rasa apa yang DK cakap dekat peragut tu?
padan muka! memang patut engkau kene macam tu. siapa suruh meragut lagi. tak habis - habis nak menyusahkan hidup orang je kerjanya. kecik - kecik mak engkau lahirkan engkau suruh engkau jadi manusia. tapi, bila besar, tak pernah nak senangkan hidup orang!
masyaAllah! ini bukan dari mulut DK. no, no, no.
kesian, peragut tu!
yang ni baru betul. kenapa DK cakap macam tu?? DK da gila ke apa?? buat pe DK nak kesiankan peragut macam tu?? ala, DK belum rasa lagi macam mana kena ragut, bila dah rasa baru la tau.

DK tahu, perkataan kat atas ti banyak kuar dari mulut korangkan. meh, sini. dengar dulu pe yang DK nak cakap. DK kesiankan peragut tu sebab :


  • kita tak patut hukum peragut macam tu!
 negara kita ada undang - undang. biarla masalah itu diselesaikan oleh pihak yg berkuasa. jgn nak hukum dia sebarangan. tak payah nak sepak terajang dia. kalau dia mati, tak ke naya. korang pulak yg masuk dalam lokap. kena hadap ke makamah.

tapi, kalau dia terlepas dari hukuman macam mana??
Syaikhul Islam menyatakan: “Allah akan menghisab seluruh makhlukNya”
kalau dia terlepas kat dunia, kat akhirat pasti, tiada siapa pun yg terlepas. Allah maha Adil.


  • peragut tiada peluang nak jelaskan perkara sebenar.
tipu sangat la kalau orang yang terajang peragut tu cakap diorang dengar pjelasan peragut dulu, baru diorang terajang peragut tu. sebab masa tu, korang dalam keadaan marah. manusia ni, kalau da marah bukan boleh fikir rasional. syaitan da menguasai minda. bila da dapat peragut korang mesti  terus sepak peragut tu sampai lembik. tak sempat nak brek. sebab itu bila marah kita kena mengucap panjang. beristighfar dulu.


Rasulullah n bersabda:
إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ: أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِن َالشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
Aku mengetahui satu kalimat seandainya dia ucapkan niscaya akan
hilanglah gejolak yang ada pada dirinya, seandainya ia membaca:
أَ عُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung pada Allah dari syaithan)
niscaya hilanglah amarah nya”.
(Mutaffaq Alaih)


 bila dah beristighfar, kita minta penjelasan orang bersalah tu. jangan menghukum orang membabi buta. manalah tahu dia terdesak ke. terpaksa lakukan perkara tu semata - mata nak selesaikan masalah dia.

  • yang ni lagi DK kesian: peragut tu tidak berfikir rasional.
kepada remaja diluar sana, DK nasihatkan jika nak buat perkara yg buruk tu, fikir dulu. *bukan fikir dulu sebelum buang ek! muhasabah diri. tenung - tenung dulu perkara yang kita buat tu baik ke jahat ke.

betul ke apa yang aku buat ni? tapi, aku pakai topeng. tak pe la. bukan orang nampak pun. tapi, Allah nampak la. tak jadi la nak buat.

bila dah fikir perkara yang kita nak lakukan tu, perkara yang jahat, istighfar banyak - banyak. kembali ke pangkal jalan. sesungguhnya, Allah suka orang yang sentiasa bertaubat :)
terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥