31 December 2012

0
Komen

review buku : beduk diketuk


  lama dah tak update entry kat sini.. dah tak terjaga dah blog DK ni disebabkan broadband lama dah tak bayar.. hehehehe... okeyh la, back to our bussiness! pada hari yang indah dan sejuk - sejuk mencengkam tulang - temulang disebabkan hujan yang mencurah- curah dibumi kelate ni DK nak memperkenalkan sebuah buku yang DK baru habeh membacanya iaitu beduk diketuk hasil karya pahrol mohd juoi.

  asalnya DK berkunjung ke kedai buku sri wangi di pekan tu nak beli buku keluaran ustaz azhar idrus yang terbaru.. tapi, bila cari kat sana tak ada buku tu, maka hati ini Allah telah gerakkan untuk menilik buku ini lalu membelinye.. hasilnya amat menggembirakan.. memang tak puas - puas rasanya membaca buku ni!

  buku ini banyak menceritakan kisah -kisah yang telah diberikan nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. mungkin pada entry yang akan datang, DK akan berkongsi sedikit demi sedikit isi di dalam buku ini.. insya ALLAH :)
terima kasih daun keladi

16 November 2012

0
Komen

makanan tradisi orang pekan.

hai rhodong sume! aokme ape khabo. koi harap aokme sihat sejahtera la hendoknye kan.. ameenn.. ternganga korang kan bila dengar DK bercakap dalam bahasa ibunda. hehehe.. seperti yang korang sedia maklum la dengan tajuk kat atas tu, DK nak memperkenalkan kat korang semua makanan tradisi orang pahang yakni di daerah pekan. kalau aokme bertandang kat pekan memang ada la mende ni.. tempat laen memang payoh nok jumpe,, hehehehe.. tapi, DK bukan nok share resepi ek.. hehehe..


apakah itu?? gelap jep kuah dia..hahh.. ni la opor daging. kat pekan, kalau kenduri kawin ni memang tak sah kalau tak ada opor daging. orang kata majlis tu tak menjadi la. bior la lauk lain takde asal opor daging tu ada. nak opor yang sedap dan terasa keasliannya, hanyalah di pekan.. perghhh.. memang menjilat jari.. hihi.. kalau time bulan puasa pulok, belana jual mende ni kat bazar. hehehehe


aik! yang ni apa pulok?? macam dodol  jep.. hehehe nampak je macam dodol, tapi, bila rasa, memang lain sangat dari dodol. rasa dia macam berempah gitu. memang sedap! nama dia pelik sikit.. macam nama orang pon ada.. hahaha... orang panggil mende ni asidah. asidah ni susah sangat nak jumpa sekarang. ada time dia. time kenduri, kalau kat kampung DK diorang biasa buat time bulan2 spesial macam maal hijrah. tak pon dyorang buat sebab nak sedekah ke.. kalau kat pekan ada jugak jual tapi biasanya kat bazar jela..


wahhhh,, menarik bukan.. yang ni orang panggil puding diraja atau royal pudding.. bahan dia pisang lemak manis, ada gajus sikit, pastu buah ceri dan prune.yang kuning2 tu bukan roti jala tau.. hahaha yang kuning2 tu orang panggil jala mas. dia buat daripada kuning telu. pastu dia dimakan bersama kuah yang diperbuat dari susu dan gula. sedap kalau makan time sejuk.. yummy!

itulah sedikit sebanyak yang DK dapat kongsikan mengenai makanan tradisi pekan. mungkin korang pun pernah rasa kan.. bagi yang tak pernah rasa dan ingin mencuba mari lah bertandang kat pekan.. hehehehe
terima kasih daun keladi

27 September 2012

0
Komen

kenangan 2 : bunuh diri??

hai, semua! semua dah makan malam belum?? DK baru je lepas menyantap nasi kukus ayam goreng berempah. sambal belacan dia tuyh memang kaw la! tak berhenti - henti DK berdrama menitis - nitis air mata. almaklumlah, DK tak tahan pedas. thanx to aniza dan hanim sebab belanja makan dan minum tau. hihik.

okeyh la, seperti yang dijanjikan. nak cerita pasal kenangan DK yang 2 masa DK praktikal kat hospital. cerita ni masa DK semester 1 jugak. cerita ni berkaitan seorang pakwe dan makwe. pe kaitan dengan bunuh diri pulak?? bukan bunuh diri, tapi cubaan untuk bunuh diri. saja jep tulis bunuh diri dekat tajuk atas tu. kasi gempak sikit.

yang masuk ke wad DK tuyh ialah makwenye. makwenye telah menelan 20 biji ubat PCM atau paractamol atau dengan bahasa pasarnye ialah panadol. kenapa makwe telan panadol tuyh?? nak dijadikan cerita pakwenye tidak dapat menerima kenyataan bahawa si makwe nak break disebabkan keluarga si makwe tersebut tidak merestui hubungan mereka. nak restu macam mana. dua - dua budak sekolah. eloklah belajo dulu. aihhhh.. disebabkan pakwenye merasa tertekan dia telah menelan 40 biji ubat panadol. gila. pasal menda tuyh pon mahu telan 40 biji ka?? kalau nak makan ubat kena ikut dos yang betul. pening kepala makan 2 biji pun jadi la. asal la mahu terover sangat. tak pasal - pasal masuk wad. tapi, DK tak tahu sangat la keadaan pakwe dia tuyh. sebab DK tak praktikal kat wad laki mase tu.

si makwe pulak gi la melawat si pakwe. melihat keadaan si pakwe itu dia merasakan bersalah kerana minta break dengan si pakwe tersebut.apabila pulang ke rumah dia telah menelan 20 biji ubat panadol. kenapa sikit pulak ek?? kalau rasa bersalah telan lebih sikit dari sipakwe tu telan. kuang3. mungkin si makwe pon takut akan effectnye bila tengok keadaan si pakwe. hehe. pandai - pandai. pastu dia jadi lalok terus hanto ke kecemasan. jumpa la jodoh DK dengan si makwe tu di wad. hua3

apa yang mengecewakan DK sangat - sangat ialah muka perempuan tu memang innocent giler, budak sekolah dan banyak kali terlanjur dengan si pakwe tu. sedih. sedih. sedih. tak terbayang ke macam mana perasaan mak and ayah bila buat macam tu?? adoyai. kenapalah perlu berfikiran singkat. dan kalau tak silap DK si pakwe lebih muda dari si makwe. mungkin tahap pemikiran si pakwe tu belum matured menyebabkan si pakwe bertindak melulu tanpa memikirkan tindakan itu membawa maut. tahu tak effect dia bila overdose panadol. dia akan effect pada hati kita dan mungkin boleh membawa maut. sebelum nak lakukan sesuatu biar kita fikir sedalam - dalamnya dulu. kalau tak dapat nak ingat mak ayah, ingatlah yang kita ni ada Allah. apa tujuan Allah cipta diri kita. adakah untuk bersuka - ria saja dan mati begitu saja?? fikirlah!




terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥