okeyh la, seperti yang dijanjikan. nak cerita pasal kenangan DK yang 2 masa DK praktikal kat hospital. cerita ni masa DK semester 1 jugak. cerita ni berkaitan seorang pakwe dan makwe. pe kaitan dengan bunuh diri pulak?? bukan bunuh diri, tapi cubaan untuk bunuh diri. saja jep tulis bunuh diri dekat tajuk atas tu. kasi gempak sikit.
yang masuk ke wad DK tuyh ialah makwenye. makwenye telah menelan 20 biji ubat PCM atau paractamol atau dengan bahasa pasarnye ialah panadol. kenapa makwe telan panadol tuyh?? nak dijadikan cerita pakwenye tidak dapat menerima kenyataan bahawa si makwe nak break disebabkan keluarga si makwe tersebut tidak merestui hubungan mereka. nak restu macam mana. dua - dua budak sekolah. eloklah belajo dulu. aihhhh.. disebabkan pakwenye merasa tertekan dia telah menelan 40 biji ubat panadol. gila. pasal menda tuyh pon mahu telan 40 biji ka?? kalau nak makan ubat kena ikut dos yang betul. pening kepala makan 2 biji pun jadi la. asal la mahu terover sangat. tak pasal - pasal masuk wad. tapi, DK tak tahu sangat la keadaan pakwe dia tuyh. sebab DK tak praktikal kat wad laki mase tu.
si makwe pulak gi la melawat si pakwe. melihat keadaan si pakwe itu dia merasakan bersalah kerana minta break dengan si pakwe tersebut.apabila pulang ke rumah dia telah menelan 20 biji ubat panadol. kenapa sikit pulak ek?? kalau rasa bersalah telan lebih sikit dari sipakwe tu telan. kuang3. mungkin si makwe pon takut akan effectnye bila tengok keadaan si pakwe. hehe. pandai - pandai. pastu dia jadi lalok terus hanto ke kecemasan. jumpa la jodoh DK dengan si makwe tu di wad. hua3
apa yang mengecewakan DK sangat - sangat ialah muka perempuan tu memang innocent giler, budak sekolah dan banyak kali terlanjur dengan si pakwe tu. sedih. sedih. sedih. tak terbayang ke macam mana perasaan mak and ayah bila buat macam tu?? adoyai. kenapalah perlu berfikiran singkat. dan kalau tak silap DK si pakwe lebih muda dari si makwe. mungkin tahap pemikiran si pakwe tu belum matured menyebabkan si pakwe bertindak melulu tanpa memikirkan tindakan itu membawa maut. tahu tak effect dia bila overdose panadol. dia akan effect pada hati kita dan mungkin boleh membawa maut. sebelum nak lakukan sesuatu biar kita fikir sedalam - dalamnya dulu. kalau tak dapat nak ingat mak ayah, ingatlah yang kita ni ada Allah. apa tujuan Allah cipta diri kita. adakah untuk bersuka - ria saja dan mati begitu saja?? fikirlah!
No comments:
Post a Comment