18 July 2013

1
Komen

butik muslimah online pilihan DK

Assalamualaikum guyz,

     alhamdulillah, dah 8 hari kita di bulan ramadhan :) dah ada yang ponteng ke? kalau ponteng sebab bendera jepun tu tak pe la. tapi, kalau ponteng tanpa sebab munasabah tu memang tak patut la kan. sempena bulan ramadhan ni, pasti ramai yang sibuk mencari dress, jubah, shawl, bawal untuk raya kan. pasti ramai yang nak cari harga yang berpatutan kan. pastinya sebagai seorang muslimah yang sejati mesti kita cari yang dress yang longgar, shawl yang labuh menutupi dada dan tidak jarang. mungkin ramai yang tak tahu sekarang ni ramai butik- butik online yang menyediakan atau menjual pakaian sebegini untuk muslimah yang sejati, sopan santun dan memberatkan soal aurat. jom check it out :)

     FARAHiskandar
   

     farah lee. satu nama yang tak asing lagi dalam dunia blog. siapa tak kenal blogger yang cantik, femes dan bersopan ini. butik dia ni lebih kepada bawalshawl. bila bukak je page dia ni, mula lah rambang mata. design dia cantik dan yang penting labuh. siap ada tutorial cara nak pakai bawalshawl dari farah lee sendiri. harga pun memang murah daripada butik- butik online yang lain- lain.

Proper Hijab Collection

     kepada peminat shawl dan halfmoon tetapi tak jumpa pun yang labuh punya dekat pasaran tu, boleh intai page dia ni. tekan je tajuk kat atas tu. keluar la dia :) shawl dan halfmoon dia dah la labuh, lepas tu corak memang menarik gila. rasa teruja sangat. harga pun berpatutan. tutorial cara pemakaian shawl dan halfmoon dia ni boleh tengok dekat youtube. taip jep properhijab. macam- macam cara boleh pakai. sesuai la bagi yang stylish tapi nak menutup aurat dengan sempurna.

AROUSH

     Butik ni dah lama ditubuhkan. tahun 2010. lebih kepada shawl dan bawal. tapi, kena cepat la. sebab memang laku la shawl dan bawal kat sini. harga pun boleh tahan. labuh dan menarik dia punya design dan corak. dia punya model dena bahrin tau. dia pun selalu buat tutorial dekat youtube cara pemakaian shawl dan tudung bawal covering your chest. boleh la search dena bahrin dekat youtube tu.

Falah Abiyana 

     jeng3.. ni la model untuk falah abiyana. heliza helmi :) bila bukak jep page ni. ternganga DK. tengok yang ni cantik, tengok yang tu cantik. geram rasa. tapi tengok harga. gulp! telan ayaq liur la.. siapa yang mampu tu okay la. please belanja DK dress kat atas ni. cantik! kat sini ada dress, ada baju kurung, peplum pun ad! tak sama macam peplum kat luar sana yang ketat- ketat dan sendat- sendat. longgar dan cantik sangat! pilihan shawl labuh pun banyak.

Medinaa Hijab

     medinaa hijab. ad shawl, ad dress dan harga dia boleh tahan dan mampu dimiliki oleh DK jugak. corak dia cantik, menarik, tertarik kau memang da boom! dah rambang mata wehhh nak pilih. hehe. geram, kalau la banyak duit da lama shopping sakan! yang ni pun kena dapatkan cepat sebab selalu juga sold out.

MiaSweetopia
     yang ni lagi lahhhh.. super duper chantekk kau. dah la colour- colour dia menarik. haihhh.. kat sini macam- macam ada ada dress, shawl, skirt, peplum, blause, halfmoon, tudung syria malah beg pun ada! memang banyak la kalau nak senaraikan. gabungan warna pastel dia sangat menarik. tudung labuh, baju longgar. kalau tak nak pening sangat tengok kat fb, boleh la pergi tengok kat blog dyorang miasweetopia.blogspot.com. kat situ semuanya detail.

Muslimah Clothing Coteru

     kat sini ada blause, ada dress dan yang menarik tu dress kembang. tak tau la orang panggil apa. abaya kut. cantik siotttt.. haihhhh. harga dia berpatutan. hand sock, stokin yang ada jari- jari kaki, shawl pun banyak. tudung labuh bidang 60 hanya rm25 jep :) tengok jangan tak tengok.. hehe

    sebenarnya, DK bukan membeli sangat pun. saja cuci mata nak tengok. ada yang berkenan tapi sabar jela. hanya mampu menjerit. kuang3. saja nak share kat korang dan nak bagi kemudahan dekat korang yang gemar bergaya tetapi nak menutup aurat. akhir kata, samalah kita menjaga aurat kita ni dengan baik. aurat itu berharga bagi orang yang tahu malu :)
terima kasih daun keladi

14 July 2013

0
Komen

tips guna first gaji dari mama


    assalamualaikum semua :) 1st entry for dis ramadhan. tips dari mama. maksud mama kat sini ialah penyelaras kumpulan kami di kolej. nama dia puan asikin tapi kami panggil mama kin. baik sangat orangnya. caring dan kadang kala tegas dalam membuat keputusan.

    dalam kelas tadi, dia ada bagi tips dekat DK dan kawan- kawan DK berkaitan dengan pengurusan  kewangan semasa waktu kami rehat. almaklumlah anak- anak kesayangan dia ni nak habis belajar dah. so, nak tahu apa tips dia? meh, ikut.


beli kereta
sebenarnya DK tak faham sangat penerangan dia pasal kereta ni. almaklum lah, DK bukan tahu sangat pasal kereta ni. dia ada sebut pasal grade A la, grade B la. kalau ada sesiapa yang tahu pasal ni, boleh lah tolong kongsi ea. yang pastinya, DK faham dia cakap kalau nak beli kereta, beli lah yang 1.5 cc ke atas. jimat minyak kata.

pasaran emas
dia kata emas ni penting. bukan setakat perhiasan saja. tapi, untuk kegunaan bila dalam keadaan terdesak. contohnya, kita nak pinjam duit dari seorang kawan kita. bukan 200 tapi 2000. agak- agak kawan kita sanggup ke tak nak bagi pinjam? mesti tak kan. kalau kita ada emas, at least, kita boleh buat cagaran kat kawan kita tu. bagi yang tidak berkenan memakai emas, boeh la beli jongkong emas.

simpanan
simpanan dalam bank pun kena ada. paling kurang 1000 dan lagi bagus 3000 ke atas. yela, untuk kegunaan dalam keadaan terdesak. hidup kita ni takde lah selalunya indahkan. mana tau, kereta rosak ke, anak sakit ke? mana nak cekau duit kalau bukan simpanan kita kan.

ASB
yang ni dari dulu lagi dia tekankan. melaburlah duit kita dalam ASB. ada keuntungannya kalau kita melabur. walaupun tak banyak, tapi at least ada perubahan dalam akaun kita kan.

DAN YANG NI PALING PENTING BAGI PEREMPUAN!

 jangan bagi suami pegang kad ATM kita!
aik, ada juga DK ea? mama DK cakap ni berdasarkan pengalaman. ramai perempuan percaya sangat dekat suami kita sampai kad ATM sendiri pun suami yang pegang. sebagai seorang perempuan, kita kenalah tahu hak kita. suami ni pulak bukannya baik belaka. ada tu kikis harta isteri pulak, kesian, bagi isteri yang bekerja mencari rezeki. tengok- tengok, duit dalam ATM lesap entah ke mana. ustaz azhar idrus pun pernah cakap, " duit isteri ialah duit isteri, duit suami pun duit isteri jugak". perempuan jangan biarkan hak kita diambil, sebab suami tidak berhak langsung ke atas duit kita. lain la kalau kita ikhlas nak bagi tampung perbelanjaan keluarga sikit- sikit. okay la..






terima kasih daun keladi

28 June 2013

0
Komen

ciri- ciri mesej yang mintak disiku!



assalamualaikum, guyz.

  tweet, tweet, smsss! cek, mesej jap. tekan button fon. baca mesej. lama tenung fon tu. bulat mata- mata. sekejap dekatkan fon ke mata. sekejap jauhkan pulak. lama berfikir. susah betul nak hadam mesej orang ni ke otak. ke neuron dalam otak ni dah tak berfungsi? tapi, rasanya masih okay. atau kita baru belajar mengeja? oh,, mana mungkin begitu. selama ni kita lah sasterawan negara yang selalu mengarang ribuan patah perkataan bagi menghasilkan puisi cinta. malah, bakal menggantikan a. samad said barangkali. selama ini juga kita lah juara spell it right bakal mengalahkan mat salleh di seluruh dunia. mana mungkin kita baru belajar mengeja, bukan?

  pernahkah kawan- kawan semua rasa menyampah bila membaca mesej atau text dari seseorang? rasa macam nak lempang orang itu tapi tak kesampaian. bukan kerana perangai mereka. tapi, dek mesej mereka yang sukar dibaca dan diterjemah. seolah- olah kita telah menerima mesej dari alien yang tidak sahih lagi akan kewujudannya. mari kita lihat satu- persatu ciri- ciri alien ini.

1) MESEJ TIDAK MEMPUNYAI TANDA.
  awak ada kat mana tu da makan belum saya tunggu awak dekat kfc ni awak datang la eh
bila tengok mesej macam ni pelbagai virus tanda tanya yang menyerang otak. adakah si mesej ni pemalas tahap gaban untuk meletakkan tanda noktah, koma, seruan atau tanda tanya? adakah ini stail orang zaman sekarang? atau mungkin cikgu sekolah telah mengirimkan kerja rumah kepada adik kita yang darjah satu. fill in the blank, kononnye. oh, pleassseeee. mereka yang tulis mesej macam ni seolah- olah tidak mempunyai perasaan atau dipanggil flattening of effect. hidup mereka seolah- olah mendatar jep. tak de turun dan naiknya. haihhh.. lemah DK dibuatnya.

2) MESEJ LIDAH BERBELIT
awux adur cut manur too? da mkn kew bewlurm? sayer tggu awux cut key ef ci taww. awux datunx lur eah..
ohh nom nom!! setahu DK la. tak de lagi bahasa macam ni kat dalam dunia. ingat kita main tounge twister ke hape? mesej yang macam ni benar- benar menguji minda dan kegeliatan lidah kita untuk membacanya. entah siapalah yang mula- mula mencipta ayat mesej macam ni. tak de ahli kaji sejarah yang mengkaji pasal ni ke? nak tau jugak asal- usul bahasa ni. bahasa ni lebih teruk dari bahasa zaman babylon dulu gamaknya.

3) MESEJ PALING SINGKAT
u ad ktne? d mkn k blm? i tgu u kt kfc n. u dtg l eh.
yang ni jenis  suka main teka- teki dengan kita. k stand for what? d stand for what? kadang- kadang tu konfius, blm tu hape. belum ke balam ke. ingat kita ni ada masa nak layan teka- teki diorang. banyak benda lagi yang nak dibuat okay daripada layan mesej macam ni. buang karan je la.

4) MESEJ PEMALAS
me: awak ada dekat mana tu? dah makan ke belum? saya tunggu awak dekat kfc ni. awak datang lah ye.
reply: k.
me. awak datang tak?
reply: ye.
untung lah orang yang balas mesej macam ni. duit berkepuk dalam poket. setakat balas satu huruf tu baik tak payah. buat sakit hati orang yang membaca jep. ohhh., orang yang macam ni memang menguji kesabaran dan emosi. orang jenis macam ni pun kurang berperasaan dan pemalas. kita bagi 10 perkataan yang dijawabnya sepatah je. macam jawab soalan ya atau tidak.

5) MESEJ TERLAMPU KREATIF
4w4k 4d4 d3k4t m4n4 2? d4h m4k4n k3 b3lum? s4y4 tun99u 4w4k d3k4t kfc n1. 4w4k d4t4n9 la 3h.
tak tau lah nak cakap macam mana dengan orang yang macam ni. tahap pemikiran dia terlampau inovasi, kreatif dan kritis. mungkin orang macam ni gila seni abstrak ke seni nombor ke. entah lah. atau pun budak terer add math. atau pun budak yang gian sangat nak jawab soalan add math, fizik, kimia dan seangkatan dengannya. kesian orang yang tak suka main dengan nombor. kalau dapat mesej macam ni, mau trauma diorang. kalau DK baca mesej macam ni memang sesak nafas dan berpelun. fuhh..




terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥