29 July 2011

0
Komen

cerita cinta I

  hari ini aku menaiki basikal menuju ke sekolah. dengan penuh bersemangat. hehehe. sampai di suatu simpang aku memberhentikan basikal ku kerana ingin menunggu seseorang. tiba - tiba, kelibat seseorang yang aku tunggu mula kelihatan. dia tersenyum ke arah ku. aku membalas senyumannya. kami pun beriringan dengan basikal ke sekolah. indahnya saat itu. kita bergelak ketawa bersama - sama. pergi  ke sekolah sama - sama. bila petang, kita bermain bersama - sama. waktu tu terasa bagai dunia kita yang punya. seronokkan??

 pernah satu hari, kita ke sekolah seperti biasa. tiba - tiba, saya ternampak banyak sangat kerbau kat tepi jalan. waktu tu saya memang takut sangat ngan kerbau. saya bawak basikal saya sampai kat tengah jalan. awk marah kat saya. awak tak bagi saya bawak basikal sampai kat tengah jalan. awak cakap saya, jangan takut, kerbau tu okeyh jep. tapi, saya mang takot masa tu. saya tak dengar pun cakap awak. tanpa saya sedari, sebuah motor menghampiri saya lalu merempuh saya dari belakang. saya terjatuh dari basikal lalu kepala saya terhantuk dekat atas jalan. sakit sangat. kepala saya benjol. awak terus berhentikan basikal awak dan datang ke arah saya. awak nampak risau sangat waktu tu. awak membebel dekat saya. awak hulur tangan awak dan angkat saya. saya senyum kat awak. saya cakap kat awk saya okeyh jep. tapi, muka awak tetap serius.

 tapi sekarang kita da  tak macam dulu. awak ngan saya da lain. kita saling malu - malu. saya rasa seronok sangat dapat kawan yang prihatin macam awak. mekasih kawan. :)

terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥