dear my future imam :)
assalamualaikum, warkah ini buat awak yang berada jauh di masa hadapan saya. meskipun kita tak tahu sama ada kita pernah berjumpa atau tidak, dekat atau jauh, dan kenal atau tidak, saya nak awak tahu, hati saya ini akan saya serah sepenuhnya dekat awak sekiranya awak benar - benar halal untuk saya. bila dah halal nanti, maksud saya bila dah habis saja lafaz dan akad nikah nanti, saya nak awak tahu yang tanggungjawab awak berat sangat. awaklah yang jadi imam untuk saya, awaklah yang jadi ayah untuk saya, awaklah kapten kapal, awaklah pilot yang bawa flight. semua tugas terpikul dibahu awak. beratkan??
dan, tugas saya, meringankan beban yang awak tanggung. saya berharap saya dah bersedia untuk menjadi isteri yang solehah untuk awak. Menjadi penyejuk mata dan hati awak. menjadi penenang dikala awak dalam keresahan.
In sha Allah. Kita akan sama- sama mengemudi bahtera kita hingga ke Jannah. Semoga kita akan mendapat zuriat yang soleh
dan solehah.
terima kasih daun keladi
No comments:
Post a Comment