26 September 2012

0
Komen

kenangan 1 : pampers koyak!!!

hai, semua. macam mana hari ni?? sihat?? alhamdulillah, semuanya sihat - sihat belaka kan. sori la. lama tak update blog. sebab sekarang ni minggu praktikal. urmmm. hari ni, DK rasa macam nak cerita kat korang la tentang pengalaman DK semasa praktikal kat dalam ward. banyak dah pengalaman yang DK kumpul. dari semester 1 sampailah semester 4 sekarang ni. okeyh la. bulatkan mata anda untuk menghayati kisah ini..cehhh!

kisah ini berlaku semasa DK semester 1. adalah seorang patient, mak munah (bukan nama sebenar) berumur 60-an telah masuk ke dalam ward disebabkan tertelan cuka getah. gulp! di sini DK nak tekan patient ini bukanlah seorang yang nyanyuk dan saja - saja menelan cuka getah. daripada cerita yang DK dengar melalui sumber yang dipercayai, mak munah telah dianiaya. almaklumlah mak munah merupakan seorang bomoh kampung. mungkin ada orang jeles dengan dia kot. menurut anaknya, ada orang telah meletakkan cuka getah tersebut didalam botol minuman dan mak munah menyangkakan itu air lalu dia pun minum cuka getah tersebut dan mengalami muntah - muntah. dia dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. dah macam tulis berita kat dalam surat khabar pulak.

okeyh la. continue! patient tidak sedarkan diri dan tugas DK sebagai semester satu ialah mandi lap patient tersebut. DK dan kawan DK pon pergi bersiap - siap menyediakan troli untuk mandi lap. sampai di katil patient tersebut DK berharap sangat ada senior yang tolong memerhatikan kami melakukan mandi lap kerana kami ni masih freshi. namun, tiada seorang pon yang mahu menghulurkan bantuan. jadi, kami berdualah yang berhempas - pulas mandi lap mak munah. takpelah, benda dah lepas.

tanggal baju patient, lap badan, sabun, lap badan balik, lap kering dan pusing patient ke kiri untuk pakai baju, tukar cadar dan pampers. pusing kanan pulak untuk menarik cadar, dan pampers yang berada ditengah - tengah ke sisi katil. baru buat kerja tuyh dah sakit pinggang and tulang belakang. neyh la padahnya kalau keje tak guna body mechanic. hua3. rehat sat, tarik nafas, then hembus.

pastu baru perasan yang pampers mak munah tak center! arghhhhh! peluh mula menitis - nitis bab air hujan yang renyai - renyai. last -last, kami berdua angkat kaki mak munah, dalam kiraan satu, dua, tiga, kami tarik pampers. prakkkkk!!! kami bingung di situ. bunyi apekah?? masyaAllah! pampers koyak! kami berhenti sebentar di situ untuk melepaskan lelah. and then, kawan DK pergi keluar mintak pampers baru dari relative. pampers da la mahal, kami pulak buat koyak.. adoyai. hahaha

kami ambil keputusan, DK angkat kaki makcik tuyh then kawan letak pampers. DK pon naik atas katil patient, dan angkat kaki mak munah, dalam kiraan satu, dua dan tiga, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kawan cepat - cepat letak pampers. kami berhenti melepaskan lelah. peluh mula mencurah - curah. selepas itu kami menyudahkan keje kami. nasib baik la siap. tapi lambat la, almaklumlah, baru belajar.

memang tak boleh lupa! tapi, untuk pengetahuan korang, mak munah telah meninggal dunia. DK lupa dah tarikhnya bila tapi yang pastinya tahun lepas. kami juga yang mengkafankannya. okeyh la. ti kita sambung cerita yang lain pulak. kenangan 2! tunggu tau! hehehe
terima kasih daun keladi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥