23 March 2013

2
Komen

demam?? apa nak buat??

  hai korang. saja nak bagi tips ni. boring etek. hehehehe. selalunya demam apa yang korang buat? mesti pergi klinik kan. tak pun makan ubat jep kat rumah. tapi, bagi yang tak suka klinik dan tak makan ubat, mesti buat bodoh je kan. berselubung dalam selimut 24 jam.

  okeyh, sekarang DK nak ajarlah apa yang perlu korang buat bila korang demam atau pun ahli keluarga demam. mana la tau boleh tolong cepat baik kan. first sekali, benda yang wajib yang perlu ada kat rumah untuk tahu korang demam ke tak ialah thermometer. kalau demam suhu dia lebih dari 37.5.  kalau lebih dari 38 memang korang kene berangkat ke klinik la. jangan malas- malas lagi. takut la jadi pape kat korang kan. takut jadi sawan ke, pengsan ke. kang susah pulak.

  bila dapat tahu demam, korang kene la beri ventilasi udara yang baik dalam bilik korang. buka kipas, buka tingkap. biar kasi angin luar masuk sikit. jangan duk terperap jep dalam bilik. satu jep yang jadi kebiasaan atau tanggapan salah orang selalu buat masa demam ni iaitu suka berselubung dalam selimut. pastu pakai baju tebal- tebal. kononnye nak demam kebah cepat. no! wrong! wrong! wrong! korang kena pakai baju nipis. kalau boleh jangan berselubung dalam selimut. biar haba tu tak terperangkap. kalau menggigil baru pakai selimut or baju tebal.

  seterusnya, galakkan minum air. air adalah medium yang baik untuk mengurangkan haba badan. lagi pon minum air ni sihat untuk badan. tapi, kalau pak cik, mak cik atau ayah or mak korang ada penyakit buah pinggang, penyakit jantung yang tak boleh minum air banyak jangan paksa diorang minum pulak banyak pulak. takut jadi pape. teruk pulak kang.

  lepas tu, kalau suhu 37.5 juz demah kepala dengan tuala basah pun dah okeyh da. kalau 38 elok la pergi mandi, bagi yang tak berdaya, buat tepid sponging. cara dia ambik tuala kecil kalau boleh 6 helai. kalau tak de tak pe. bash kan tuala- tuala kecik tu, letak atas kepala satu, 2 kat celah ketiak, 2 lagi kat celah kangkang dan sehelai lagi buat basah- basah badan. pastu, jangan lupa cek suhu selepas 15 minit. tengok suhu turun ke tak. besenye turun sikit jep. tapi membantu la.

  kalau pergi klinik tu, jangan lupa makan ubat. baru cepat sembuh. antibiotik kena habiskan. barulah demam tak berulang. lepas itu, jangan skip makan walaupun tak berselera. makanan yang terbaik masa demam, bubur, air bersusu, dan lebihkan buahan dan sayuran.

  okeyh la, hope, tips yang DK bagi ni boleh bantu korang yang demam. lepas ni ada banyak lagi tips yang bakal menyusul. semuanya untuk kemudahan korang yang sakit or jaga orang yang sakit :)






terima kasih daun keladi

2 comments:

Kenari Putih said...

banyak juga tipnya. sangat bagus utk info. terima kasih.

Unknown said...

thank sudi menjenguk. no hal la. selagi ada ilmu yang berguna, baik disedekahkan saje :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥