kadangkala, kita tak perlu menahan kesedihan kita. kita tak perlu ego semata- mata ingin menunjuk diri kita kuat. kita tak perlu menyembunyikan kesedihan kita. kita tak perlu berfikir bahawa menangis itu satu kelemahan, menangis itu cengeng, menangis itu bermakna menerima kekalahan. tidak sama sekali!
pernah dengan tak, orang cakap air mata itu senjata perempuan, bisa melemahkan lelaki. bermakna, menangis itu kadang- kadang memberi kita sumber kekuatan. memberi kita kelegaan. tak perlulah kita menyembunyikan kesedihan kita sampai diri kita sendiri yang bakal tertekan.
orang juga cakap, menangis itu melembutkan hati. dan, menangis itu tidak semestinya sedih, tapi sumber kegembiraan. air mata yang menitis kerana takutkan azab Allah, adalah lagi baik daripada kita tidak pernah menangis langsung kerana Allah. kita berhak menangis di hadapan Allah, kerana kita hanyalah insan yang lemah. kerana kita hanyalah hambanya. kita perlu bersujud dihadapannya. jangan takut untuk menangis.
No comments:
Post a Comment