18 July 2013

1
Komen

butik muslimah online pilihan DK

Assalamualaikum guyz,

     alhamdulillah, dah 8 hari kita di bulan ramadhan :) dah ada yang ponteng ke? kalau ponteng sebab bendera jepun tu tak pe la. tapi, kalau ponteng tanpa sebab munasabah tu memang tak patut la kan. sempena bulan ramadhan ni, pasti ramai yang sibuk mencari dress, jubah, shawl, bawal untuk raya kan. pasti ramai yang nak cari harga yang berpatutan kan. pastinya sebagai seorang muslimah yang sejati mesti kita cari yang dress yang longgar, shawl yang labuh menutupi dada dan tidak jarang. mungkin ramai yang tak tahu sekarang ni ramai butik- butik online yang menyediakan atau menjual pakaian sebegini untuk muslimah yang sejati, sopan santun dan memberatkan soal aurat. jom check it out :)

     FARAHiskandar
   

     farah lee. satu nama yang tak asing lagi dalam dunia blog. siapa tak kenal blogger yang cantik, femes dan bersopan ini. butik dia ni lebih kepada bawalshawl. bila bukak je page dia ni, mula lah rambang mata. design dia cantik dan yang penting labuh. siap ada tutorial cara nak pakai bawalshawl dari farah lee sendiri. harga pun memang murah daripada butik- butik online yang lain- lain.

Proper Hijab Collection

     kepada peminat shawl dan halfmoon tetapi tak jumpa pun yang labuh punya dekat pasaran tu, boleh intai page dia ni. tekan je tajuk kat atas tu. keluar la dia :) shawl dan halfmoon dia dah la labuh, lepas tu corak memang menarik gila. rasa teruja sangat. harga pun berpatutan. tutorial cara pemakaian shawl dan halfmoon dia ni boleh tengok dekat youtube. taip jep properhijab. macam- macam cara boleh pakai. sesuai la bagi yang stylish tapi nak menutup aurat dengan sempurna.

AROUSH

     Butik ni dah lama ditubuhkan. tahun 2010. lebih kepada shawl dan bawal. tapi, kena cepat la. sebab memang laku la shawl dan bawal kat sini. harga pun boleh tahan. labuh dan menarik dia punya design dan corak. dia punya model dena bahrin tau. dia pun selalu buat tutorial dekat youtube cara pemakaian shawl dan tudung bawal covering your chest. boleh la search dena bahrin dekat youtube tu.

Falah Abiyana 

     jeng3.. ni la model untuk falah abiyana. heliza helmi :) bila bukak jep page ni. ternganga DK. tengok yang ni cantik, tengok yang tu cantik. geram rasa. tapi tengok harga. gulp! telan ayaq liur la.. siapa yang mampu tu okay la. please belanja DK dress kat atas ni. cantik! kat sini ada dress, ada baju kurung, peplum pun ad! tak sama macam peplum kat luar sana yang ketat- ketat dan sendat- sendat. longgar dan cantik sangat! pilihan shawl labuh pun banyak.

Medinaa Hijab

     medinaa hijab. ad shawl, ad dress dan harga dia boleh tahan dan mampu dimiliki oleh DK jugak. corak dia cantik, menarik, tertarik kau memang da boom! dah rambang mata wehhh nak pilih. hehe. geram, kalau la banyak duit da lama shopping sakan! yang ni pun kena dapatkan cepat sebab selalu juga sold out.

MiaSweetopia
     yang ni lagi lahhhh.. super duper chantekk kau. dah la colour- colour dia menarik. haihhh.. kat sini macam- macam ada ada dress, shawl, skirt, peplum, blause, halfmoon, tudung syria malah beg pun ada! memang banyak la kalau nak senaraikan. gabungan warna pastel dia sangat menarik. tudung labuh, baju longgar. kalau tak nak pening sangat tengok kat fb, boleh la pergi tengok kat blog dyorang miasweetopia.blogspot.com. kat situ semuanya detail.

Muslimah Clothing Coteru

     kat sini ada blause, ada dress dan yang menarik tu dress kembang. tak tau la orang panggil apa. abaya kut. cantik siotttt.. haihhhh. harga dia berpatutan. hand sock, stokin yang ada jari- jari kaki, shawl pun banyak. tudung labuh bidang 60 hanya rm25 jep :) tengok jangan tak tengok.. hehe

    sebenarnya, DK bukan membeli sangat pun. saja cuci mata nak tengok. ada yang berkenan tapi sabar jela. hanya mampu menjerit. kuang3. saja nak share kat korang dan nak bagi kemudahan dekat korang yang gemar bergaya tetapi nak menutup aurat. akhir kata, samalah kita menjaga aurat kita ni dengan baik. aurat itu berharga bagi orang yang tahu malu :)
terima kasih daun keladi

1 comment:

Solehah Shamsuddin said...

Wah, entri ni betul2 membantu saya. Saya memang cari wideshawl dan dress yang labuh2. Tq sbb share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥