31 December 2012

0
Komen

review buku : beduk diketuk


  lama dah tak update entry kat sini.. dah tak terjaga dah blog DK ni disebabkan broadband lama dah tak bayar.. hehehehe... okeyh la, back to our bussiness! pada hari yang indah dan sejuk - sejuk mencengkam tulang - temulang disebabkan hujan yang mencurah- curah dibumi kelate ni DK nak memperkenalkan sebuah buku yang DK baru habeh membacanya iaitu beduk diketuk hasil karya pahrol mohd juoi.

  asalnya DK berkunjung ke kedai buku sri wangi di pekan tu nak beli buku keluaran ustaz azhar idrus yang terbaru.. tapi, bila cari kat sana tak ada buku tu, maka hati ini Allah telah gerakkan untuk menilik buku ini lalu membelinye.. hasilnya amat menggembirakan.. memang tak puas - puas rasanya membaca buku ni!

  buku ini banyak menceritakan kisah -kisah yang telah diberikan nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. mungkin pada entry yang akan datang, DK akan berkongsi sedikit demi sedikit isi di dalam buku ini.. insya ALLAH :)
terima kasih daun keladi

16 November 2012

0
Komen

makanan tradisi orang pekan.

hai rhodong sume! aokme ape khabo. koi harap aokme sihat sejahtera la hendoknye kan.. ameenn.. ternganga korang kan bila dengar DK bercakap dalam bahasa ibunda. hehehe.. seperti yang korang sedia maklum la dengan tajuk kat atas tu, DK nak memperkenalkan kat korang semua makanan tradisi orang pahang yakni di daerah pekan. kalau aokme bertandang kat pekan memang ada la mende ni.. tempat laen memang payoh nok jumpe,, hehehehe.. tapi, DK bukan nok share resepi ek.. hehehe..


apakah itu?? gelap jep kuah dia..hahh.. ni la opor daging. kat pekan, kalau kenduri kawin ni memang tak sah kalau tak ada opor daging. orang kata majlis tu tak menjadi la. bior la lauk lain takde asal opor daging tu ada. nak opor yang sedap dan terasa keasliannya, hanyalah di pekan.. perghhh.. memang menjilat jari.. hihi.. kalau time bulan puasa pulok, belana jual mende ni kat bazar. hehehehe


aik! yang ni apa pulok?? macam dodol  jep.. hehehe nampak je macam dodol, tapi, bila rasa, memang lain sangat dari dodol. rasa dia macam berempah gitu. memang sedap! nama dia pelik sikit.. macam nama orang pon ada.. hahaha... orang panggil mende ni asidah. asidah ni susah sangat nak jumpa sekarang. ada time dia. time kenduri, kalau kat kampung DK diorang biasa buat time bulan2 spesial macam maal hijrah. tak pon dyorang buat sebab nak sedekah ke.. kalau kat pekan ada jugak jual tapi biasanya kat bazar jela..


wahhhh,, menarik bukan.. yang ni orang panggil puding diraja atau royal pudding.. bahan dia pisang lemak manis, ada gajus sikit, pastu buah ceri dan prune.yang kuning2 tu bukan roti jala tau.. hahaha yang kuning2 tu orang panggil jala mas. dia buat daripada kuning telu. pastu dia dimakan bersama kuah yang diperbuat dari susu dan gula. sedap kalau makan time sejuk.. yummy!

itulah sedikit sebanyak yang DK dapat kongsikan mengenai makanan tradisi pekan. mungkin korang pun pernah rasa kan.. bagi yang tak pernah rasa dan ingin mencuba mari lah bertandang kat pekan.. hehehehe
terima kasih daun keladi

27 September 2012

0
Komen

kenangan 2 : bunuh diri??

hai, semua! semua dah makan malam belum?? DK baru je lepas menyantap nasi kukus ayam goreng berempah. sambal belacan dia tuyh memang kaw la! tak berhenti - henti DK berdrama menitis - nitis air mata. almaklumlah, DK tak tahan pedas. thanx to aniza dan hanim sebab belanja makan dan minum tau. hihik.

okeyh la, seperti yang dijanjikan. nak cerita pasal kenangan DK yang 2 masa DK praktikal kat hospital. cerita ni masa DK semester 1 jugak. cerita ni berkaitan seorang pakwe dan makwe. pe kaitan dengan bunuh diri pulak?? bukan bunuh diri, tapi cubaan untuk bunuh diri. saja jep tulis bunuh diri dekat tajuk atas tu. kasi gempak sikit.

yang masuk ke wad DK tuyh ialah makwenye. makwenye telah menelan 20 biji ubat PCM atau paractamol atau dengan bahasa pasarnye ialah panadol. kenapa makwe telan panadol tuyh?? nak dijadikan cerita pakwenye tidak dapat menerima kenyataan bahawa si makwe nak break disebabkan keluarga si makwe tersebut tidak merestui hubungan mereka. nak restu macam mana. dua - dua budak sekolah. eloklah belajo dulu. aihhhh.. disebabkan pakwenye merasa tertekan dia telah menelan 40 biji ubat panadol. gila. pasal menda tuyh pon mahu telan 40 biji ka?? kalau nak makan ubat kena ikut dos yang betul. pening kepala makan 2 biji pun jadi la. asal la mahu terover sangat. tak pasal - pasal masuk wad. tapi, DK tak tahu sangat la keadaan pakwe dia tuyh. sebab DK tak praktikal kat wad laki mase tu.

si makwe pulak gi la melawat si pakwe. melihat keadaan si pakwe itu dia merasakan bersalah kerana minta break dengan si pakwe tersebut.apabila pulang ke rumah dia telah menelan 20 biji ubat panadol. kenapa sikit pulak ek?? kalau rasa bersalah telan lebih sikit dari sipakwe tu telan. kuang3. mungkin si makwe pon takut akan effectnye bila tengok keadaan si pakwe. hehe. pandai - pandai. pastu dia jadi lalok terus hanto ke kecemasan. jumpa la jodoh DK dengan si makwe tu di wad. hua3

apa yang mengecewakan DK sangat - sangat ialah muka perempuan tu memang innocent giler, budak sekolah dan banyak kali terlanjur dengan si pakwe tu. sedih. sedih. sedih. tak terbayang ke macam mana perasaan mak and ayah bila buat macam tu?? adoyai. kenapalah perlu berfikiran singkat. dan kalau tak silap DK si pakwe lebih muda dari si makwe. mungkin tahap pemikiran si pakwe tu belum matured menyebabkan si pakwe bertindak melulu tanpa memikirkan tindakan itu membawa maut. tahu tak effect dia bila overdose panadol. dia akan effect pada hati kita dan mungkin boleh membawa maut. sebelum nak lakukan sesuatu biar kita fikir sedalam - dalamnya dulu. kalau tak dapat nak ingat mak ayah, ingatlah yang kita ni ada Allah. apa tujuan Allah cipta diri kita. adakah untuk bersuka - ria saja dan mati begitu saja?? fikirlah!




terima kasih daun keladi

26 September 2012

0
Komen

kenangan 1 : pampers koyak!!!

hai, semua. macam mana hari ni?? sihat?? alhamdulillah, semuanya sihat - sihat belaka kan. sori la. lama tak update blog. sebab sekarang ni minggu praktikal. urmmm. hari ni, DK rasa macam nak cerita kat korang la tentang pengalaman DK semasa praktikal kat dalam ward. banyak dah pengalaman yang DK kumpul. dari semester 1 sampailah semester 4 sekarang ni. okeyh la. bulatkan mata anda untuk menghayati kisah ini..cehhh!

kisah ini berlaku semasa DK semester 1. adalah seorang patient, mak munah (bukan nama sebenar) berumur 60-an telah masuk ke dalam ward disebabkan tertelan cuka getah. gulp! di sini DK nak tekan patient ini bukanlah seorang yang nyanyuk dan saja - saja menelan cuka getah. daripada cerita yang DK dengar melalui sumber yang dipercayai, mak munah telah dianiaya. almaklumlah mak munah merupakan seorang bomoh kampung. mungkin ada orang jeles dengan dia kot. menurut anaknya, ada orang telah meletakkan cuka getah tersebut didalam botol minuman dan mak munah menyangkakan itu air lalu dia pun minum cuka getah tersebut dan mengalami muntah - muntah. dia dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. dah macam tulis berita kat dalam surat khabar pulak.

okeyh la. continue! patient tidak sedarkan diri dan tugas DK sebagai semester satu ialah mandi lap patient tersebut. DK dan kawan DK pon pergi bersiap - siap menyediakan troli untuk mandi lap. sampai di katil patient tersebut DK berharap sangat ada senior yang tolong memerhatikan kami melakukan mandi lap kerana kami ni masih freshi. namun, tiada seorang pon yang mahu menghulurkan bantuan. jadi, kami berdualah yang berhempas - pulas mandi lap mak munah. takpelah, benda dah lepas.

tanggal baju patient, lap badan, sabun, lap badan balik, lap kering dan pusing patient ke kiri untuk pakai baju, tukar cadar dan pampers. pusing kanan pulak untuk menarik cadar, dan pampers yang berada ditengah - tengah ke sisi katil. baru buat kerja tuyh dah sakit pinggang and tulang belakang. neyh la padahnya kalau keje tak guna body mechanic. hua3. rehat sat, tarik nafas, then hembus.

pastu baru perasan yang pampers mak munah tak center! arghhhhh! peluh mula menitis - nitis bab air hujan yang renyai - renyai. last -last, kami berdua angkat kaki mak munah, dalam kiraan satu, dua, tiga, kami tarik pampers. prakkkkk!!! kami bingung di situ. bunyi apekah?? masyaAllah! pampers koyak! kami berhenti sebentar di situ untuk melepaskan lelah. and then, kawan DK pergi keluar mintak pampers baru dari relative. pampers da la mahal, kami pulak buat koyak.. adoyai. hahaha

kami ambil keputusan, DK angkat kaki makcik tuyh then kawan letak pampers. DK pon naik atas katil patient, dan angkat kaki mak munah, dalam kiraan satu, dua dan tiga, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kawan cepat - cepat letak pampers. kami berhenti melepaskan lelah. peluh mula mencurah - curah. selepas itu kami menyudahkan keje kami. nasib baik la siap. tapi lambat la, almaklumlah, baru belajar.

memang tak boleh lupa! tapi, untuk pengetahuan korang, mak munah telah meninggal dunia. DK lupa dah tarikhnya bila tapi yang pastinya tahun lepas. kami juga yang mengkafankannya. okeyh la. ti kita sambung cerita yang lain pulak. kenangan 2! tunggu tau! hehehe
terima kasih daun keladi

16 September 2012

0
Komen

untitled



terima kasih daun keladi

0
Komen

untitled



terima kasih daun keladi

15 September 2012

0
Komen

lamaran diterima!

apa khabo semua?? lama dah DK tak update kan... hehehehe... sori, sibuk sangat.. almaklum lah banyak komitmen..hahaha.. masih ingatkah anda akan entry neyh?? frust! 5 kali di 'reject' :( mesti ingat kan... kini, lamaran DK telah diterima. alhamdulillah.. rasa seronok tak terkata sangat. pe?? nak bukti?? korang nak bukti sngat ek.. hambek ko!


oh, apekah ini?? pasport ke?? sijil nikah ke?? hahaha.. kalo xnampok xtau la nak cakap pe kan... neyh la pasport derma darah DK.. baru jep dapat td. hua3. seronok nampak DK. yeke yang DK punye. ntah -ntah orang laen yang punye. pelah korang neyh. nampak sangat busuk hati. nak bukti lagi. nah, sila bulatkan mata anda.


dah, cukup lah. dah banyak dah bukti yang DK bagi.. ape yang menjadi saksi?? 15/ 9 dan pantai irama, bachok, kelantan yang menjadi saksi bahawa lamaran DK untuk menderma darah telah diterima.. hihihihi
kat pantai pun boleh derma darah ke?? haha. sebenarnya, DK dah sertai karnival jelajah sihat yang diadakan disana. karnival ini diadakan sempena menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia bagi membuka mata para ibu betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada anak - anak. jadi, kat situ adalah booth derma darah. sambil menyelam minum airkan. hihi

mula - mula masa cek hb tuyh berdebar - debar sangat. takut jep hb low. tapi, memang low pon. 12 jep. rasa frust pon ada. tapi, disebabkan abg makmal yang baik hati tu, dia try cek lagi skali. 12.5.. paras - paras hidung gitu. alhamdulillah, seronok sangat sebab lepas kan.. pastu pergi cek tekanan darah, 109/88.. memang okeyh la kan. hehehe.. pe lagi. lulus la..


baring, cucuk ubat bius, cucuk branula and sedut,,, hehehe.. sakit sikit jep.. mcm gigit semut.. dapat la derma  satu beg darah :)

dapat saguhati :)

dalam beg neyh dapat la nasi sebungkus, biskut tiger, dan tuala.. air kotak telah dirembat oleh kawan sebab xminum soya..

bila habeh derma darah tuyh, terus bangun, tapi tak rasa pening pon. bila berdiri dan berjalan jep, tetibe rasa letih dan sesak nafas. kawan suruh rehat dan minum air dulu. rasa kurang sikit sesak nafas tu. namun, bukanlah DK inginkan saguhati mahupun pujian dari korang semua. DK sekadar ingin berkongsi kegembiraan kerana DK dapat menderma darah pertama kalinya setelah lima kali direject. almaklum la.. susah nak dapat peluang neyh sebab DK anemia. papepon, bersyukur sangat ke hadrat Illahi sebab DIAlah yang memberi kesempatan dan peluang untuk DK derma darah. korang bila lagi?? bantulah mereka yang memerlukan. bukan duit mahupun harta. cukup sekadar darah yang mengalir di dalam badan kita ini dapat membantu mereka..
                                                

terima kasih daun keladi

31 August 2012

0
Komen

merdekakah kita??



selamat menyambut kemerdekaan kali yang ke 55..
kalau disambut dengan cara yang betul, maka merdekalah kita.
tapi, kalau disambut dengan melalak2 sampai pukul 2 - 3pagi,
dengan merempit sana - sini, berjoget macam kera kena belacan,
merdekakah kita??
apa kata kalau kita sambut merdeka dengan selawat, solat hajat, berdoa semoga kemerdekaan kita berkekalan,
bukan itu lebih baik,
tiada pembaziran berlaku.
neyh tunggu countdown sampai pukul 12,
bercampur lelaki perempuan,
dengan dentuman bunga api yang memakan harga ratusan ringgit,
pembaziran sana sini,
maksiat pun sana sini,
merdekakah kita..
kalau macam neyh,
tak payah nak bangga sangat dengan kemerdekaan yang kita kecapi,
kerana mentaliti kita belum merdeka lagi..

terima kasih daun keladi

16 August 2012

0
Komen

untitled




duit bukanlah segala - galanya.. yang dikejar adalah syurga..
terima kasih daun keladi

15 August 2012

0
Komen

salam aidilfitri di perantauan

nak tergelak pulak baca tajuk kat atas tuyh,., hahahaha.. kat perantauan la sangat kan.. padahal esok nak balik kampung da.. jangan marah..



apa - apa pon DK nak ucapkan selamat hari raya buat semua para blogger.. maaf zahir dan batin sekiranya DK pernah mengguris hati korang dengan entry DK yang mengarut ntah pape tuyh.. pape pon jangan jadikan raya neyh sebagai port membalas dendam untuk bulan pose.. :)
terima kasih daun keladi

0
Komen

untitled







terima kasih daun keladi

11 August 2012

0
Komen

surat cinta untuk suami

dear my future imam :)


assalamualaikum, warkah ini buat awak yang berada jauh di masa hadapan saya. meskipun kita tak tahu sama ada kita pernah berjumpa atau tidak, dekat atau jauh, dan kenal atau tidak, saya nak awak tahu, hati saya ini akan saya serah sepenuhnya dekat awak sekiranya awak benar - benar halal untuk saya. bila dah halal nanti, maksud saya bila dah habis saja lafaz dan akad nikah nanti, saya nak awak tahu yang tanggungjawab awak berat sangat. awaklah yang jadi imam untuk saya, awaklah yang jadi ayah untuk saya, awaklah kapten kapal, awaklah pilot yang bawa flight. semua tugas terpikul dibahu awak. beratkan?? 

dan, tugas saya, meringankan beban yang awak tanggung. saya berharap saya dah bersedia untuk menjadi isteri yang solehah untuk awak. Menjadi penyejuk mata dan hati awak. menjadi penenang dikala awak dalam keresahan. 

In sha Allah. Kita akan sama- sama mengemudi bahtera kita hingga ke Jannah. Semoga kita akan mendapat zuriat yang soleh
dan solehah.

Ameen :) 




terima kasih daun keladi

10 August 2012

5
Komen

jom join giveaway nasz : ole - ole dari thailand!



saja jep nak join giveaway neyh. selama tak pernah pon nak join mana - mana giveaway. first time join tau.. jangan nak gelak.. hahaha. sekadar nak jumpa naseb.. tengok dia punye ole - ole pon comel tau.. teringin pulak nak dapat.. Insyaallah., dapat la ek...

terima kasih daun keladi

08 August 2012

0
Komen

ketupat? senang makan tapi susah nak buat




korang penah makan ketupat?? eh, mstilah penah kan. buat?? urmmmmm... hehehehe.. tak kot...
itu perkara biasa kita dengarkan.. nak buat ketupat punya la susah. tapi kalau makan tuyh, belah, colek, masuk mulut, kunyah - kunyah, lepas tu telan jep.. senangkan tuyh. Hahaha

kenapalah DK beria sangat cakap pasal ketupat ni... yela, tanpa ketupat tak berseri raye kita kan.. kalau time raye jep mesti ada mak sedara tempah ketupat dengan mak DK. yang nayanya DK la.. biasanya hampir 300 ketupat perlu dibereskan menjelang hari raye.. berpulunlah DK mengayam daun kelapa tuyh.. bukan senang nak belajar. kena ada tahap kesabaran yang tinggi. salah sikit kena bukak semula.. sampai lunyai daun kelapa tuyh di buatnya.. bila da pandai, laju jep buat.. hahaha.. pengalaman..

hari ni rasa exiceted sangat lah sebab ada kawan bangsa india kat kelas, minta DK ajarkan dia mengayam ketupat. punyalah seronok dia. kita pon lagi seronok sebab bangsa lain pon nak belajar buat ketupat.. kitaorang buat guna riben jep.. buat punye buat akhirnya menjadi jugak.. credit to DK la sebab ajar dia.. hehe, masuk lif, tekan sendiri pulak DK ni ek.


kadang - kadang terpikir jugakkan.. macam manalah orang zaman dulu terpikir nak mengayam ketupat macam neyh.. kreatifkan!
terima kasih daun keladi

06 August 2012

0
Komen

untitled

berdoalah, mintalah sebanyak mana pun, angkatlah tangan selagi termampu.. insyaAllah, Allah maha mendengar, maha mengetahui dan doamua akan dimakbulkan olehNYa.. jika tidak sekarang, mungkin disaat kau lebih - lebih memerlukan..
terima kasih daun keladi

05 August 2012

0
Komen

aku dah kalah!

aku akui selama ni aku berusaha melupakan dia,, aku berusaha tak nak jatuh cinta dengan dia.. tapi, aku hanya manusia biasa.. sejauh mana pun kita berlari, pasti cinta akan mengejar kita.. manusia takkan pernah lahir tanpa cinta di hati mereka..

nak kata aku bahagia sekarang?? mungkin tidak dan mungkin ya.. tidak, sebab semakin aku pendam rasa cinta aku, semakin bergelodak hati aku.. ya, sebab walaupun masa aku jahil dulu, aku pernah mengatakan isihati aku terhadapnya, dan dia berkali - kali telah menolak, namun, dia masih berada disampingku sehinggalah sekarang, saat aku berubah ke arah yang lebih baik.

jika ditanya mengapa ku pendam cinta?? kerana aku tak sanggup untuk dikecewakan buat kali yang ketiga.. dan, aku tahu, aku hanyalah insan yang lemah.. jika dia menerima aku, pasti kami akan terkapai - kapai dalam dunia per'kapel'an yang bisa mendekatkan aku dan dirinya ke arah zina.. jadi, biarlah aku cuba menahan arus cinta di hati ini dengan empangan kesabaran.

ya Allah, bantulah hambaMu ini.. tingkatkan keimanan di lubuk hati ini agar diri tidak tergoda dengan percintaan yang boleh membawa kami ke lembah zina. dan, kau kurniakanlah aku pasangan halal yang beriman dan bertakwa, agar dia dapat membimbing aku menuju ke Jannah...

terima kasih daun keladi

27 July 2012

2
Komen

makan angin di kelate : nasi ulam cikgu


sebenarnya da lama da nak update pasal nasi ulam cikgu neyh.. tapi, tak berkesempatan.. cakap pasal nasi ulam cikgu masa bulan pose?? memang salah timing betul.. hua3.. tapi, tak pe, pas bulan pose korang boleh la pergi ek.. ajak satu family,, dari moyang ke cucu - cicit boleh.. dari ipar ke biras pon boleh.. sebab makanan kat sini sumenye murah - murah. nak tengok?! sila lah scroll ke bawah sikit ek..


ulam - ulamannya yang segar dan menyelerakan..
asam pedas ikan patin yang menyengat

ikan keli goreng yang rangup.. sebenarnya ada 3 tapi da kene rembat awal -awal..


budu dan sambal... wahhhhh..


bermulalah acara melantak seramai 3 orang.

mesti korang nak tahu berapelah DK habiskan duit makan kat situ.. okeyh, nak bagitau la neyh.. jeng3.. hehehe jumlah kesemua sekali untuk makan 4 orang dengan makanan penuh satu meja ialah  RM21.00.. terasa berbaloi sangat penuhkan perut dengan harga makanan yang memang murah. >_<

bila dah siap makan, kami pergi menjelajah di sekitar kawasan tersebut dengan perut yang memboyot kekenyangan.. da macam mengandung 9 bulan da.. hahaha

comey kan seni bina dia.. kat dalam tuyh ada galeri.. da macam muzium da.


sesi bergambar di ruang legar.. posing maut.. hahaha
akhir kata, kalo mari klate neyh.. jange lupo make kat nasi ule cikgu.. 

terima kasih daun keladi

18 July 2012

0
Komen

masalah!

agak2nye dah berapa bulan da DK xupdate blog... berbulan2 jugak tu.. rupa blog pon DK sendiri pon, DK da lupa.. tak tahu lah atas sebab apa DK lama tak update.. nak kata sibuk, tak jugak.. nak kata kering idea tak jugak.. idea bertimbun tapi mungkin faktor MALAS menguasai diri..

DK sekarang ni banyak masalah. masalah family, masalah kawan, masalah pelajaran yang tak berkesudahan mahupun masalah diri sendiri. namun bila ditimbang balik hujung pangkalnya, berat ringannya, rasa tak guna jugak pikir masalah yang memanjang tuyh.. otak pon makin stress, lama - lama jadi gila pon ada. yela, hidup sebagai manusia neyh tak pernah terlepas dari masalah. ada ke manusia kat dunia ni hidup senang - lenang tanpa dibayangi masalah.. sedangkan orang kaya dengan harta pon, ad masalah. ni kan kita orang biasa. masing2 ada masalah sendiri..

DK pon malas la nak bercerita pasal masalah DK neyh.. buat serabut kepala lutut jep..
terima kasih daun keladi

25 February 2012

1
Komen

yeahhhh!!! tiket bola free!!

pada waktu petang yang damai, DK bersiar - siar ke kawasan stadium kb, kononnya nak beli burger. tapi, kedai burger da tutup.. lalu kami melangkah ke karnival jom masuk u * biarpun da masuk u da. sje je jalan cuci mata. hehehe.. tapi, karnival tuyh pown tutup jugak ','.. lalu kami melangkah dengan lebih jauh untuk melihat ekspo kat ctuyh.. biasalah, kat klate neyh. tiap - tiap malam sabtu mesti ada perlawanan bola sepak dan wajib ada ekspo.

jalan punye jalan, jumpe la satu gerai neyh. jual yogurt dan vitagen satu beg rm10 dan paket mamee satu beg rm10 jugak. pastu, DK pown beli la. biasalah, DK neyh excited sangat kalau ad barang murah neyh.. hehehe.. tetibe, pak cik tuyh hulur sesuatu kat DK, *jeng3


tiket bola!!!
terkejut jugak la an. tapi, tak guna jugak tiket tuyh. sebab, DK kne ada at hostel sebelum pukul 10 mlm,. ti bola baru nak start, tak sempat ak panas punggung DK nak kena balik da. jadi, untuk tidak membazir tiket tuyh, DK mengambil langkah drastik dengan sedekahkan tiket tu kepada seorang mak cik yang DK jumpa neyh. tak pe la,, mungkin bukan rezeki DK kot. laen masa dan akan datang adalah rezeki yang bakal menjelma. mungkin lebih baek dari yang ni..

terima kasih daun keladi

24 February 2012

0
Komen

bila patient bagi penghargaan,,

hai semua, DK letih la seminggu neyh. kaki rasa macam nak tercabut da. kepala pulak pening2. sal pa pulok DK neyh? al - maklum la musim praktikal. perghhhhh... letih3. nak - nak pulak dapat ward yang tak banyak keje. lagi la boring bagai nak gila,. e'elah DK neyh, dapat ward sibuk salah, dapat ward tak sibuk pun salah. okeyh la, for your information, i really2 hate ward that have nothing work to do. BORINKKK.

tapi, kalau waktu pagi neyh, ward surgikal yang DK masuk ni ad la keje jugak, tapi bile ptg menjelma mulalah, keje berkurangan. nak dijadikan ceritanya, seminggu DK duk ward surgikal ni, seminggu tuyh la DK sponging/ mandi  plus cuci BO/ berak patient yang sama. patient ni seorang lelaki dan kalau diikutkan umur baya - baya arwah toki DK. patient neyh memang kesian. tak boleh jalan. asyik baring kat katil jep, tak nak gerak langsung. dan, akibat malas bergerak dia telah mendapat..... jeng3

yang neyh tahan lagi, tapi bau pergggghh
jadi, kepada yang diluar sana, jika ada mak, ayah, datuk or nenek ke, jika mereka lumpuh dan tak boley gerak langsung, jangan la biarkan mereka baring terlentang jep. tolong la ubah dyorang punye kedudukan megiring ke terlentang ke 2 jam sekali. kalau tak habis la jadi macam kat atas tuyh. kecian tau.

tapi, ape yang mengharukan hati DK, bila dah siap spoging patient tu, dy menunjukkan :

thum up!!
rasa sejuk hati DK. tetibe jep rasa penat tuyh berkurangan. yela, selama neyh patient susah nak ucapkan terima kasih. sedangkan patient yang sukar nak bercakap boleh ucapkan terima kasih melalui cara mereka sendiri, xkan la orang yang boleh bercakap tak boleh. DK harap sangat patient tuyh boleh sembuh dan berjalan seperti biasa. :)

terima kasih daun keladi

23 February 2012

0
Komen

#4 awesome muslimah : hakikat menutup aurat

apabila ada kes rogol ke meraba ke semuanya tala *tunding jari ke perempuan. kata perempuan pakai seksi la, tak menutup aurat la dan tak menjaga diri kita sendiri. lantas dengan rasa penuh pengetahuan di dada mereka telah mengukuhkan hujah - hujah mereka dengan ayat dari surah an - nur : 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
punye la panjang dyorang bagi hujah berdasarkan al - quran. memang betul apa yang dyorang cakap tuyh. perempuan sepatutnya jaga dan tutup aurat dengan sempurna. barulah maruah terjaga. baru lah dikatakan perempuan yang solehah. tapi, para lelaki sebenarnya lupa. ada ayat yang menerangkan peranan mereka sebelum ayat yang ditujukan oleh kita seperti di atas iaitu surah an -nur : 30
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
lelaki sepatutnya jaga PANDANGAN mereka daripada melihat benda - benda yang seksi - meksi serta tidak menutup aurat tu. kalau ternampak sekali tu cepat - cepat la alih pandangan ke tempat lain bukan tengok berkali - kali. ni tak, pandang sekali tak puas lagi.

kami sebagai perempuan bukan menutup aurat semata - mata nak elak dirogol, diraba atau erti kata lainnya untuk menjaga iman lelaki. tapi, kami tutup aurat sebab perintah Allah sendiri. itulah hakikat sebenar menutup aurat :)
terima kasih daun keladi

20 February 2012

1
Komen

#3 awesome muslimah : wanita disamakan object,

ape khabo semua.? sihat dok blake? minggu ni agak meletihkan sebab DK dlm minggu praktikal. dan yang best sekali untuk semester 3 ni, DK ak berhadapan dengan bayi,, tengok orang bersalin kat labour room. ketaq lutuit wehhhh.

okeyhla, tapa membuang masa menekan keyboard ni, DK akan teruskan agenda kita. korang tahu tak kebanyakkan wanita hanya dijadikan objek bagi pihak - pihak yang tertentu. contohnya :


bila korang tengok gambar ni korang terpikir tak bibir sape la yang seksi sangat ni. tak rasa cam perempuan dipergunakan ke?? yela ambik gambar bibir jep. tapi muka tak nampak. camne la nak femes kalo gituyh an.... nampak sangat bibir wanita itu hanyalah sebagai object.

kadang - kadang tuyh dyorang letak gambar perempuan yang takde kaitan langsung denga iklan yang sebenar.


macam iklan ni. kenapa la perlu letak perempuan yang separuh nak bogel sebagai model iklan ni. padahal ini iklan makanan jep. memang xde kene mengene langsung.

tahu tak, iklan tepi jalan yang seksi meksi macam ni la buat ramai orang eksiden. apo nok dikato..?

terima kasih daun keladi

17 February 2012

0
Komen

#2 awesome muslimah : kecantikan haiwaniah

pagi semua!!! cewah,,, pagi la sangat kan. korang semua da makan belum? belum mkn! DK pun belum sebenarnya. kuang3

okeyh la, back to our bussiness!*speaking la pulak hari neyh DK nak sambung pulak pasal intipati talk show hari tuyh. kecantikan haiwaniah! dat da topic. korang tahu tak apa tu kecantikan haiwaniah? tak tahu! okeyh la. meh la DK terang secara ringkas. haiwaniah ni kata dasar dia ialah haiwan. dan kecantikan haiwaniah ialah kecantikan yang digunakan oleh haiwan betina utk menarik perhatian haiwan jantan. Allah telah cipta haiwan betina bertelanjang dan menampakkan kemaluannya tujuannya untuk mengawan dengan haiwan jantan.

ehsan google.


zaman sekarang ni ramai wanita yang mempunyai sifat kecantikan haiwaniah. kanpa?! jangan marah DK.. tapi ini hakikatnya.

  • memakai wangian  sehingga lelaki dapat menghidunya.
tahu tak, kalau kita perempuan memakai wangian yang terlalu kuat baunya, sampai beribu batu jauh tuyh orang boleh bau, jika dia lalu di depan lelaki yang bukan mahramnya, dan lelaki itu terangsang akan baunya, dia seolah - olah telah berzina dengan lelaki itu. bayangkan kalau 10 orang lelaki yang dia lalu. ibaratnya dia telah berzina dengan 10 orang lelaki tersebut.
  •  bersolek yang keterlaluan.
bersolek yang agak keterlaluan sehingga tebal 5 inci. kalau depan suami, muka pucat jep. kalau time keluar rumah, semua nak cantik - cantik. *haihhhh. patut la suami keluar cari yang lain. tahu tak, yang asli lagi baguih. kalau nak pakai jugak, pakai la bedak nipis jep....


  • memakai gelang kaki dan kasut tumit tinggi yang menimbulkan bunyi.
yang ni pun sama. saja nak ambik perhatian lelaki. tahukah anda, *skema la pulak di india, kebanyakkan yang pakai gelang kaki yang berbunyi - bunyi ini adalah pelacur. tujuan mereka nak tarik perhatian lelaki. kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan bunyi yang boleh merangsangkan kaum lelaki. pastu, lelaki tengok kaki kita. tak pakai stokin pulak tu. kaki kan aurat jugak. 
ada yang berani buat,, hahahaaha
  • memakai sanggul yang tinggi
DK paling tak suka tengok orang pakai sanggul tinggi. dah la tinggi, kalau ori tak pe jugok. ni tak. yang tipu pulak. masing - masing nak lawan, sanggul sape yang paling tinggi. kalau yang rambut panjang tu, cubalah cover rambut anda supaya tak nampak sangat tinggi sanggul tu. tapi, yang DK pelik la, ada rambut seciput jep, tak pakai sanggul palsu, tapi sanggul tetap tinggi. camne tuyh ek?? tahu tak, kalau kita pakai sanggul tinggi - tinggi, kita tidak dapat masuk syurga bahkan mencium baunya sekali! masya- Allah.


ehsan google

 

itulah serba - sedikit yang boleh DK kongsikan. banyak lagi contoh - contoh yang lain. nak terang, takut berjela - jela pulak jadinya. kesimpulannya, janganlah kita memilih kecantikan haiwaniah ni. rugi kat atas diri kita je. dosa bertambah. pilihlah kecantikan insaniah dan patuhi hukum menutup aurat dengan betul. itulah kecantikan yang hakiki.
terima kasih daun keladi

14 February 2012

2
Komen

#1 awesome muslimah: wanita lemah??


wanita ibarat timun, 
senang tergolek,
senang terluka.


lelaki ibarat durian,
gagah kononnye!


tapi bila hati si timun dihiris macam ni,



temnpoyak jua akan ditenyeh - tenyehnye...


janganlah kita, wanita mengangap diri kita ni lemah sangat. sampai mudah untuk dipermainkan oleh lawan jantina. tunjukkan yang diri kita kuat. dan tidak mudah dipijak mana - mana lelaki.

ibu kau ibarat lilin,
menerangiku dalam kegelapan.


korang tak rasa pelik ke?? kenapa ibu itu perlu dianggap sebagai lilin? bukan ke api lilin tu mudah mati sendiri? dan cair sehingga meninggalkan sisa sumbu saja. kenapa tak benda lain?


wanita itu ibarat mentari. walaupun tenggelam bila malam, tapi tenaga solarnya masih ada

jadi, jika anda ingin me jadi AWESOME MUSLIMAH jangan sesekali diri ini kesal kerana di lahirkan sebagai WANITA. biarpun diri ini tiada rupa untuk manusia, tapi kita masih ada rupa dimata ALLAH.

terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥